Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Aliff Syukri Dedah Gambar...

JUTAWAN kosmetik, Datuk Aliff Syukri yang menjadi mangsa samun pembantu rumahnya baru-baru ini...

MESEJ Beri Manfaat 2,500...

KOTA KINABALU- Program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) yang dilaksanakan menerusi inisiatif kerajaan Sabah...

Penyerang Tetak, Larikan Tangan...

Shah Alam - Sekumpulan penjenayah tidak hanya menetak mati seorang pemuda malah turut...

Tiga Mayat Ditemui, Ramai...

GEORGE TOWN – Tiga maut, seorang cedera manakala sekurang-kurangnya sembilan lagi dipercayai masih...

Cubaan Larikan Wang Dari Mesin ATM Gagal

KUALA LUMPUR – Dua individu gagal dalam cubaan mereka untuk melarikan wang daripada mesin juruwang automatik (ATM) dari sebuah bank di Taman Putra, Ampang dekat sini awal pagi tadi.

Anggota polis daripada Unit Rondaan Bermotor (URB) segera bergegas ke bank berkenaan setelah menerima maklumat bahawa alat penggera keselamatan di bank itu berbunyi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairuldin Saad berkata rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kedua-duanya telah menarik mesin ATM berkenaan dengan menggunakan kenderaan pikap.

“Dua suspek yang masing-masing bersenjatakan kuku besi dan tukul bertindak mengikat tali pada mesin berkenaan lalu menariknya keluar dengan menggunakan kenderaan itu.


“Mereka bagaimanapun gagal mengambil wang yang terdapat di dalam mesin berkenaan dan ketika anggota URB tiba, mereka telah melarikan diri,” katanya kepada Bernama.

Gerakan memburu kedua-duanya sedang dilakukan. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori