Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Cukup-Cukuplah Panggil Najib Penyamun,...

SHAH ALAM - “Cukup-cukuplah menggelar dan memanggil Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak)...

Program Podium Bantu Naikkan...

SEPANG - Ratu terjun negara, Pandelela Rinong menyifatkan Program Podium sangat signifikan dalam...

Ahmad Zahid Dianugerahkan Darjah...

MELAKA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

SPNB Akan Bina 8,000...

KOTA BHARU - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Mesra Sdn Bhd akan membina...

Dah Lebih Ni… Akhbar Cina Hina Islam, Langgar Syarat KDN

BENARLAH kata orang, jika memang sudah benci kepada Barisan Nasional (BN), apa sahaja perkara baik dibuat oleh media prokerajaan pun akan dianggap sebaliknya, malah dipandang dari sudut negatif semata-mata.

Begitulah yang berlaku baru-baru ini apabila seorang netizen antikerajaan mencetuskan sensasi menerusi media sosial tempatan dengan membuat perbandingan gambar sama tetapi disiarkan oleh dua akhbar yang berbeza.

Gambar itu sebenarnya dirakamkan oleh agensi berita rasmi Bernama menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika bersalaman dengan Sultan Hassanal Bolkiah di Bandar Seri Begawan pada 11 Ogos lalu.

Kedua-dua pemimpin negara berjiran ASEAN itu bertemu dalam suasana mesra sempena Brunei menjadi tuan rumah untuk program Perundingan Tahunan Malaysia-Brunei Ke-19 yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

Malangnya netizen dikenali dengan nama samaran King Jason yang bangga menunjukkan wajah dirinya ditangkap pihak polis ketika demonstrasi haram di Kuala Lumpur itu baru-baru ini cuba ‘memusing’ cerita foto tersebut.

Baca: Alkisah Akhbar Pro-Zionis Cuba Berlagak Hero

Akhbar-akhbar popular di Barat yang dikuasai Zionis antarabangsa turut mengawal kebebasan bersuara rakyatnya agar tidak menjejaskan kepentingan rejim Israel. - Gambar hiasan
Akhbar-akhbar popular di Barat yang dikuasai Zionis antarabangsa turut mengawal kebebasan bersuara rakyatnya agar tidak menjejaskan kepentingan rejim Israel. – Gambar hiasan

Dalam posting itu, dia bangga membuat perbandingan antara gambar sama disiarkan Utusan Malaysia dan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan dengan menulis komen yang jelas ada berbaur provokasi jahat:

Betul ka Utusan edit gambar nih kaburkan tulisan Khat belakang tu? Khaburkan kenapa? Panas macam syaitan dibaca surah Yassin ek? Surat kabar cina elok je lapor… apa kes?

Nampak gaya King Jason bukan sahaja telah memperbodohkan diri dia sendiri tetapi nyata ‘jahil’ undang-undang negara kita berkenaan isu larangan penyiaran sebarang tulisan al-Quran pada semua media cetak massa.

Jika ikut peraturan ditetapkan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta garis panduan penerbitan dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), akhbar Cina itu boleh diambil tindakan undang-undang.

Mungkin seronok sangat hentam media pro-BN, netizen antikerajaan itu terlupa mengikut artikel 4: Perkara-Perkara Yang Dilarang di bawah tajuk kecil 4.1.11, akhbar diharam keras menyiarkan tulisan al-Quran.

Baca: Dajal Moden Yahudi Tangan Ghaib Media Barat

Lihat perbandingan muka depan akhbar-akhbar Cina lebih utamakan berita kematian negarawan Singapura, Lee Kuan Yew daripada peristiwa besar kemahkotaan Sultan Johor. - Gambar hiasan
Lihat perbandingan muka depan akhbar-akhbar Cina lebih utamakan berita kematian negarawan Singapura, Lee Kuan Yew daripada peristiwa besar kemahkotaan Sultan Johor. – Gambar hiasan

Ini bukanlah kerana bimbang ‘panas macam Syaitan dibaca Surah Yasin’ seperti ditohmah jahat oleh netizen berkenaan, sebaliknya larangan itu ada sebab tersendiri sejak diperkenalkan puluhan tahun lalu.


Untuk makluman netizen propembangkang, pengharaman itu juga mengambil kira pandangan daripada panel jawatankuasa majlis fatwa kebangsaan selain tokoh-tokoh agama terkenal di peringkat antarabangsa.

Mudah cakap, semua akhbar dan majalah komersial di Malaysia ditegah siar ayat suci al-Quran kecuali terjemahan dengan diberi rujukan nama surah dan ayat ke berapa demi memelihara kehormatan wahyu ‘kalam‘ Allah SWT.

Bayangkanlah, media cetak sedemikian lazimnya habis sahaja dibaca akan terus dibuang dalam tong sampah, atau mungkin dibawa masuk ke tandas, atau paling tidak pun dipijak kaki, atau sengaja diletakkan di atas lantai.

Justeru sebagai menjaga kesucian ayat-ayat al-Quran, media cetak diminta wajib ‘mengaburkan’ tulisan tersebut dan ini termasuklah paparan foto khat pada kiswah atau kelambu Kaabah di dalam Masjidil Haram di Makkah.

Baca: Protokol 12 – Cara Media Zionis Hancurkan Malaysia

KDN mempunyai kuasa penuh untuk menggantung permit penerbitan akhbar yang didapati sengaja mencetuskan suasana 'tidak sihat' kepada masyarakat di Malaysia. - Gambar hiasan
KDN mempunyai kuasa penuh untuk menggantung permit penerbitan akhbar yang didapati sengaja mencetuskan suasana ‘tidak sihat’ kepada masyarakat di Malaysia. – Gambar hiasan

Jelaslah larangan KDN itu membuktikan syiar Islam masih lagi disanjung tinggi di bumi Malaysia sejajar termaktub mengikut perlembagaan negara yang sejak merdeka menetapkan agama persekutuan ialah Islam.

Hakikatnya, akhbar Cina tersebut sebenarnya yang boleh dianggap sebagai amat biadap menghina agama Islam dan terang-terang memang sengaja melanggar syarat-syarat ketat penerbitan ditetapkan oleh pihak KDN.

Jika benar King Jason konon mendukung konsep kebebasan akhbar, adakah media cetak yang berlaku kurang ajar ke atas agama Islam boleh dianggap sebagai wira hebat atau dilabel ‘Syaitan yang tidak kepanasan’.

Adakah ini agenda jahat pihak tertentu yang cuba mempromosikan konon kebebasan media tetapi niat tersirat mereka mahu menghina Islam tanpa disedari khasnya golongan Muslim berfahaman liberal antikerajaan.

Mungkin mereka agaknya terlupa, akhbar rasmi Pas, Harakah sendiri pun tidak pernah berani berbuat seperti dilakukan akhbar Cina itu di sebalik sering aktif mengkritik pihak kerajaan selama ini. – Mynewshub.cc/HAA

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori