BARU-BARU ini sebuah akhbar harian berbahasa Melayu menyiarkan di muka depan mengenai komen tegas tiga pemimpin pembangkang utama iaitu daripada PKR, DAP dan Pas berhubung isu dana politik RM2.6 bilion.
Mereka mendakwa kononnya sumbangan diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu sebagai bukan derma tetapi rasuah untuk ‘habuan’ balasan pelbagai projek tertentu daripada kerajaan BN dan UMNO.
Waima sudah dicerahkan beberapa kali malah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan duit itu bukan rasuah, pembangkang cuba hasut rakyat membenci kerajaan dengan pelbagai tohmahan jahat.
Hujah mereka amat mudah: Takkanlah tiada apa-apa selepas sudah bagi duit; tanpa bercerita pihak pembangkang sendiri pun ‘mewah’ dapat dana politik daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk ramai jutawan terkenal.
Ini bukan benda rahsia bahkan boleh dilihat sendiri hebatnya jentera pembangkang setiap kali pilihan raya umum dan kecil yang jauh lebih ‘kaya’ berbanding pihak BN dari segi bahan kempen, sumber manusia dan sebagainya.
Baca: Dajal Moden Yahudi Tangan Ghaib Media Barat
Baca: Pakatan Terima AS$1 Juta Setahun Dana Zionis Guling BN?
Ironi pembangkang juga yang enggan menyokong saranan SPRM agar semua parti siasah mengisytiharkan sumber dana mereka konon bimbang masyarakat akan tahu siapa dalang penyumbang kemewahan parti-parti anti-BN itu.
Begitulah liciknya propaganda pembangkang dan tidak semena-mena mereka minggu lalu ‘heboh’ berkumpul di bangunan SPRM konon bagi menyokong tindakan suruhanjaya itu tegas menyiasat isu penyelewengan 1MDB.
Namun ‘kegembiraan’ mereka nampak seperti berakhir apabila seorang penulis blog politik terkenal Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai RPK mendedahkan sumber sebenar dana diterima Perdana Menteri itu.
Sebenarnya sebelum RPK membongkar cerita itu, ramai sudah pun tahu tetapi atas rasa jaga sensitiviti kerahsiaan dan hubungan baik diplomatik antara Malaysia dengan Arab Saudi, kisah itu terpendam senyap begitu sahaja.
Mungkin ada sudah tahu ketika Najib melawat Arab Saudi, gempa terburuk dalam sejarah melanda Sabah dan MYNEWSHUB sendiri pernah ada bercerita kisah di sebalik pertemuan dengan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.
Baca: Kisah Dana RM2.6 Bilion Dari Kaca Mata Raja Petra
Baca: Meskipun Sibuk, Najib Tetap Ada Aura Di Sabah
Waktu itu pembangkang hasut rakyat Malaysia ‘hentam’ Najib kerana tidak prihatin dengan nasib rakyat Sabah walhal Perdana Menteri sanggup memendekkan lawatan ke Arab Saudi untuk meninjau kesan gempa tersebut.
Hakikatnya lawatan rasmi ke Arab Saudi bukan sekadar memohon kuota jemaah haji Malaysia, malah ada berkata, Raja Salman amat prihatin dengan situasi negara kita termasuk peristiwa gempa bumi dahsyat di Sabah ketika itu.
Justeru tidak hairanlah biarpun Perdana Menteri ‘teruk’ dikutuk pembangkang hanya kerana menghadap hormat Penjaga Kota Suci Makkah dan Madinah, beliau masih tenang serta bijak menyimpan rahsia amanah cukup besar.
Sehingga artikel ini ditulis, Najib enggan membocorkan identiti siapakah penyumbang dana RM2.6 bilion itu sebaliknya kisah tersebut cuma diulas secara kiasan oleh RPK agar rakyat faham situasi dialami Perdana Menteri.
Uniknya, artikel RPK itu meskipun dianggap aneh tetapi sejurus disiarkan, tiada lagi mana-mana pihak berani secara terbuka membicarakan isu dana politik tersebut seolah-olah ia kebetulan berakhir tamat begitu sahaja.
Baca: Protokol 12 Cara Media Zionis Hancurkan Malaysia
Baca: Raja Arab Saudi Hafaz Al-Quran, Disiplin Jaga Waktu
Bagi yang faham maksud tersirat RPK, eloklah dimaklumkan betapa hebatnya pengaruh Raja Arab Saudi dalam mencorakkan agenda geopolitik antarabangsa khasnya penentuan semasa harga bekalan minyak mentah dunia.
MYNEWSHUB juga pernah melaporkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sendiri terpaksa akur menunggu baginda selesai solat Asar ketika bertemu pemimpin utama dinasti Al-Saud yang berusia 79 tahun itu.
Tidak hairanlah ada menyifatkan Raja Salman sebenarnya lebih berkuasa daripada Obama dan dalam beberapa isu sensitif, AS sendiri tidak berani campur tangan jika Arab Saudi ‘berdehem’ kerana itu bermaksud ‘tempah bala’.
Di Malaysia, pengaruh Arab Saudi bukan setakat isu visa umrah dan haji, tetapi pernah beberapa personaliti profil tinggi tanah air menjadi individu ‘persona non grata‘ gara-gara mengkritik polisi kerajaan rantau Asia Barat itu.
Demi menjaga aib, tidak perlulah disebut siapakah mereka itu namun hasil pendedahan RPK, tiba-tiba sahaja ada yang sudah mula ‘kecut perut’ bimbang menjadi insan seterusnya diharamkan jejak kaki ke bumi Arab Saudi.
Baca: Putera Saudi Derma Amal Semua Hartanya RM120 Bilion
Baca: Rakyat Malaysia Tak Lagi Dibenar Melawat Israel
Untuk rekod, akibat senarai hitam itu, mereka boleh dilarang keras memasuki Arab Saudi sama seperti nasib ribuan rakyat Malaysia ‘tersadai’ di pintu masuk negara tersebut dek kerana pasport ada cop imigresen rejim Israel.
Ini mungkin nampak kejam, namun tindakan Arab Saudi itu jelas menunjukkan kedaulatan pemerintahan Al-Saud bertanggungjawab berat dalam memelihara kesucian imej Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sejak sekian lama.
Najib yang arif dengan hubungan istimewa Malaysia-Arab Saudi nyata amat jujur amanah sehingga ada berkata, pemilihan beliau dibuat bagi memastikan syiar Islam terpelihara dan BN tidak ‘tumbang’ kepada pembangkang.
Semua maklum, agenda pembangkang apabila berkuasa kelak akan membuka kedutaan Israel di Kuala Lumpur dan niat mereka itu amat berbahaya dalam menyeimbangkan pengaruh geopolitik AS di rantau Asia tenggara.
Setakat ini di peringkat ASEAN, cuma Malaysia, Indonesia dan Brunei masih bertekad enggan membenarkan ada pejabat misi diplomatik rasmi rejim Tel Aviv didirikan di ibu kota masing-masing waima sehinggalah hari kiamat.
– Mynewshub.cc/HAA