Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Gesa Dunia Tumpu...

KUALA LUMPUR - Malaysia menggesa dunia menumpukan perhatian kepada bantuan kemanusiaan dan pembangunan...

Dr. Hilmi Bidas Dakwa...

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahaya hari ini menafikan dakwaan...

DAP Mahu Kerjasama Dengan...

KUALA LUMPUR - Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menyatakan beliau sanggup bekerjasama...

Permaisuri Agong Kini Guna...

PETALING JAYA - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini menggunakan...

DAP Buat Laporan Polis Ke Atas Aziz Kaprawi

KUALA LUMPUR – DAP mahu membuat laporan polis ke atas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Abdul Aziz Kaprawi berikutan pendedahan pemimpin UMNO itu DAP menerima dana daripada organisasi Yahudi.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tuduhan itu tidak logik dan merupakan satu fitnah ke atas DAP menerima dana asing untuk membantu parti itu merosakkan Islam di Malaysia.

“UMNO hilang akal dengan membuat fitnah jahat dan janggal bahawa DAP dibiayai Yahudi. Tidak waras dan logik DAP boleh berkuasa bila hanya bertanding dalam 51 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.

“Menang semua pun tak mungkin (DAP) jadi parti terbesar apatah lagi berkuasa. Laporan polis akan dibuat oleh pemimpin DAP mendesak tindakan diambil ke atas tuduhan ini. ” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

DAP bukan parti terbesar tetapi parti itu akan menjadi sebahagian daripada pentadbiran kerajaan andai pembangkang menang dalam pilihan raya umum (PRU) kerana bersepakat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Abdul Aziz sebelum ini memaklumkan sumbangan RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada salah seorang penderma dari timur tengah adalah bagi membantu UMNO menentang DAP.

Abdul Aziz yang juga Ketua Bahagian UMNO Sri Gading mendedahkan DAP telah dibiayai Yahudi ketika parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum 2013. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori