KUALA LUMPUR – DAP kelihatan cukup kalut dan marah dengan pendedahan parti itu menerima dana daripada organisasi Yahudi sejak tahun 2013 bagi menghancurkan Islam di Malaysia.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook yang berang menuduh UMNO sebagai sebuah parti yang bodoh kerana pendedahan itu dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Sri Gading, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.
“Saya tidak kisah sekiranya pemimpin UMNO mahu menunjukkan kebodohan mereka. Saya ingin menegaskan DAP tidak pernah mendapat sumbangan kewangan daripada mana-mana sumber asing,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Abdul Aziz semalam mendedahkan sumbangan RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada salah penderma rantau Timur Tengah baru-baru ini bertujuan membantu UMNO.
Dana dari Timur Tengah itu dilaporkan bagi mengimbangi kekuatan kewangan UMNO dalam melawan DAP yang menerima pembiayaan besar daripada organisasi Yahudi sejak Pilihan Raya Umum 2013.
Siew Fook sebelum ini pernah mendakwa DAP tidak takut untuk mendedahkan siapa pemberi dana mereka tetapi memberi alasan penderma mereka tidak dikenali atau `anonymous’. – mynewshub.cc
https://www.youtube.com/watch?v=x-vmK91qmds