Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 13,449 orang daripada...

Terengganu Catat 460 Kes...

KUALA TERENGGANU - Demam denggi di negeri ini meningkat kepada 460 kes setakat...

Jamil Khir Tuntut Akmal...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom...

Syarikat Penerbangan Negara Islam...

WELLINGTON - Penerbangan komersil paling jauh di dunia mendarat di New Zealand pada...

DAP Minta Melayu Jangan Kenang Jasa UMNO

KUALA LUMPUR – DAP meminta orang Melayu mengabaikan segala sumbangan dan jasa yang parti UMNO telah lakukan untuk mereka selama ini.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari berkata, segala jasa itu tidak wajar dikenang kerana Melayu telah lama wujud sebelum UMNO.

“UMNO lahir pada tahun 1946 hanya berusia kurang 70 tahun, sedangkan tamadun Melayu di rantau ini telah wujud sejak ratusan, kalaupun bukan ribuan tahun?

“Apakah selama-lama ini Melayu menjadi bangsa ‘bangsat’ kerana tidak ada UMNO,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Zairil Khir berkata, ketamadunan Melayu termasuk seni bina bangunan, teknologi pelayaran, kesusasteraan dan kebudayaan bukan kerana UMNO.

Beliau turut mendakwa, UMNO yang berjuang untuk kemerdekaan kini sudah menjadi parti rasuah dan kronisme.

“Retorik UMNO untuk membela orang Melayu hanya omong-omong kosong, apabila merekalah sebenarnya yang merugikan bangsa dan negara,” dakwanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori