Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

KOM Sah Tak Iktiraf...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memutuskan bahawa catatan masa 10.29s dalam...

Video: Kejam… Suami Prank...

MAK AII....kalau perkara ini yang menimpa diri kita, agak-agaknya boleh kena serangan jantung...

Jenayah Indeks Di Kelantan...

KOTA BAHARU - Sebanyak 4,541 kes jenayah seperti pecah rumah, ragut dan curi...

Polis Tubuh Pasukan Siasatan...

IPOH: Polis Perak menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat kes tular berhubung cubaan...

DAP P.Pinang Degil Guna Tema ‘Bersih’ Sambut Merdeka

GEORGE TOWN – Biadap dan keterlaluan. Itulah yang boleh digambarkan ekoran sikap degil kerajaan DAP Pulau Pinang yang bertegas mahu menggunakan tema ‘Bersih’ pada sambutan Hari Kebangsaan 2015 kali ini.

Mereka juga dilaporkan enggan guna istilah Hari Kebangsaan 2015 yang ditetapkan pihak kerajaan Persekutuan sebaliknya terus masih lagi nekad memakai istilah Hari Kemerdekaan Ke-58 untuk sambutan peringkat negeri.

Padahal perubahan istilah itu diwartakan kerajaan Pusat untuk diselaraskan dengan sambutan hari kemerdekaan bersama-sama negeri Sabah dan Sarawak yang menyertai Persekutuan Malaysia hanya pada 16 September 1963.

Justeru sambutan kemerdekaan Malaysia mulai tahun ini diselaraskan sebagai Hari Kebangsaan 2015 tanpa perlu sebut bilangan ulang tahun ke berapa yang biasanya merujuk kemerdekaan Tanah Melayu atau Malaya pada 1957.

Ini juga ambil contoh konsep hari kemerdekaan Amerika Syarikat yang tidak lagi merujuk bilangan ulang tahun kerana negara itu dibentuk hanya dengan 13 negeri perintis sebelum berkembang kemudian menjadi 50 negeri.

directive_penang_schools_hari_merdeka_210815

Bagaimanapun tindakan kerajaan Pulau Pinang mengarahkan semua sekolah di negeri itu memakai tema ‘Bersih’ jika mahu menyertai perarakan sambutan kemerdekaan kali ini betul-betul tidak sensitif dengan aspirasi nasional.

Demi mengelakkan perayaan itu dipolitikkan, semua sekolah di Pulau Pinang dilarang daripada menyertai sebarang sambutan kemerdekaan yang dianjurkan oleh kerajaan DAP sehingga mendapat arahan selanjutnya.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Osman Hussain, ketika dihubungi media tempatan mengesahkan mengenai pekeliling dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang mengenainya yang bertarikh pada 20 Ogos lalu.

Beliau berkata ia susulan tema rasmi Hari Kebangsaan yang ditetapkan kerajaan DAP iaitu ‘Bersih’ adalah amat bertentangan dengan Kerajaan Persekutuan iaitu ‘Sehati Sejiwa’, malah jelas berbaur politik kepartian sempit.


“Sepatutnya tema perlu selaras, namun kenapa mereka guna tema berbeza? Ia akan menimbulkan salah tanggap masyarakat terhadap perarakan itu sekali gus dikaitkan dengan perhimpunan haram jalanan Bersih,” katanya.

Pemimpin pembangkang pernah mengguna pakai tema sambutan kemerdekaan berbeza daripada ditetapkan Pusat.
Pemimpin pembangkang pernah mengguna pakai tema sambutan kemerdekaan berbeza daripada ditetapkan Pusat.

Oleh itu Osman mengarahkan agar semua sekolah menerusi satu surat pekeliling untuk menunggu dahulu arahan rasmi daripada Jabatan Pendidikan sebelum mengambil bahagian dalam perarakan merdeka tahunan negeri itu.

“Tema ‘Bersih’ yang digunakan oleh kerajaan negeri adalah tema yang sensitif berbeza dengan tema digunakan di peringkat Persekutuan iaitu ‘Sehati Sejiwa’, jadi perlu dapat kebenaran daripada pihak Persekutuan,” katanya.

Kerajaan DAP Pulau Pinang bersama Kelantan dan Selangor pernah beberapa kali sebelum ini guna tema berbeza daripada ditetapkan Persekutuan kerana mendakwa kononnya tema oleh kerajaan Pusat berbaur politik pro-BN.

Slogan ‘Bersih’ digunakan penyokong parti pembangkang yang konon menuntut proses pilihan raya umum yang diadakan secara bersih, selain turut dikaitkan dengan perhimpunan tunjuk perasaan haram sejak 2007 lalu.

Lucunya, di sebalik pertikai proses demokrasi di negara ini, pakatan pembangkang juga berjaya menguasai Pulau Pinang, Selangor dan kekal di Kelantan melalui pilihan raya yang sama sekian lama. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Klip video lagu tema rasmi Hari Kebangsaan 2015 Sehati Sejiwa

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori