Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Israel Lancar Serangan Udara...

BAITULMAQDIS - Tentera Israel berkata pihaknya melancarkan serangan udara ke atas kumpulan Hamas...

Anggota Polis Bantu OKU...

BEBERAPA keping gambar yang memaparkan seorang anggota polis sedang membantu seorang lelaki kurang...

Laporan Kemalangan LRT Akan...

PUTRAJAYA - Laporan siasatan kemalangan membabitkan tren Transit Aliran Ringan (LRT) pada 24...

Pelancong Singapura Paling Suka...

SINGAPURA - Pelancong warga Singapura berada antara senarai teratas 'panjang tangan' kerana suka...

DAP Pelawa Muhyiddin Sertai Bersih 4!

KUALA LUMPUR – Parti DAP secara terbuka mempelawa bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai pembangkang dalam perhimpunan haram Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos ini.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, pelawaan ke atas Trimbalan Presiden UMNO itu kerana Muhyiddin sering mengkritik pihak kerajaan selepas digugurkan daripada sebarang jawatan dalam jemaah Kabinet.

“Semalam Muhyiddin ada berkata Malaysia akan menjadi sebuah negara yang gagal jika krisis semasa tidak ditangani dengan baik.

“Saya mengalu-alukan Muhyiddin menyertai `para pejuang’ Malaysia yang bimbang Malaysia menjadi negara yang gagal jika kita tidak melakukan perubahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Gerakan Anak Muda Harapan Baru menghantar surat jemputan kepada Muhyiddin supaya menyertai acara tunjuk perasaam jalanan tanpa permit Bersih 4 tersebut.

Perhimpunan itu dilihat ramai pihak sebagai usaha terdesak pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kebebasakan hak asasi secara melampau untuk melumpuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan secara besar-besaran.

Bersih 4 juga dipercayai memperjuangkan agenda ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membebaskan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada hukuman penjara.


Anwar yang merupakan Ketua Umum PKR dihukum penjara selama lima tahun kerana didapati salah meliwat seorang lelaki lain.

Sementara itu, Kit Siang menggugut polis bahawa Malaysia akan dianggap sebagai negara penyangak jika berlaku kekecohan dalam perhimpunan Bersih 4.

Menurutnya, pihak polis bertanggungjawab untuk memastikan perhimpunan itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang provokasi daripada pihak lain.

“Keselamatan peserta perhimpunan Bersih 4 perlu menjadi keutamaan pihak polis,” katanya. – mynewshub.cc

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • DAP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori