PARTI DAP memuji mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyertai perhimpunan haram Bersih 4 semalam.
Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, sikap terbaru Mahathir menunjukkan pemikiran rakyat negara ini ke atas kerajaan sudah berubah.
“Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sendiri telah terlibat dalam perubahan ini walaupun masih belum lagi mencukupi olehnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Perhimpunan Bersih 4 yang didominasi oleh kaum Cina gagal mendapat sambutan majoriti rakyat Malaysia apabila hanya seramai 20,000 orang menyertai perhimpunan selama dua hari berkenaan.
Perhimpunan itu turut membangkitkan kemarahan penyokong PAS dan UMNO apabila gambar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipijak oleh peserta Bersih 4 dalam satu upacara semalam.
Kit Siang bagaimanapun mendakwa perhimpunan Bersih 4 semalam disertai hampir setengah juta rakyat Malyasia di seluruh negara.
“Peserta Bersih 4 adalah mereka yang sangat patriotik dan cintakan Malaysia,” dakwanya. - MYNEWSHUB.CC
https://youtu.be/Migr1-Emqa8