Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Majlis Kahwin Serba Ringkas...

SIAPA kata mahu melangsungkan sesebuah majlis perkahwinan wajib memerlukan sejumlah peruntukan yang besar? Pembaca...

Peninju Lagenda Muhammad Ali...

Los Angeles – Peninju lagenda Muhammad Ali kini semakin uzur akibat penyakit Parkinson...

Ugut Lelaki Guna Parang,...

KUALA LUMPUR - Seorang pengerusi penduduk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di...

Cawangan TH Ditutup Jumaat...

KUALA LUMPUR - Semua cawangan Tabung Haji (TH) akan ditutup pada 8 Julai...

DAP Sindir MB, Exco Selangor Tak Tahu Buat Kerja

KLANG – Jika selama ini pemimpin pembangkang sering bergembira dengan memperbesarkan isu melibatkan kemelut kepimpinan dalaman yang pernah melanda parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

Namun amat mustahil mereka pula kecoh bising jika perkara sama membabitkan pergeseran serius antara parti-parti anti-BN tersebut yang seolah-olah cuba disorokkan daripada pengetahuan rakyat Malaysia.

Jangan bermimpi untuk melihat portal-portal online atau media cetak propembangkang berani melaporkan krisis sesama mereka sendiri malah jika ada pun sekadar berita kecil yang tidak disedari sesiapa pun.

Terbaharu, seorang Ahli Parlimen DAP, Charles Santiago dari kawasan Klang yang terkenal lantang hentam BN sama ada di Dewan Rakyat atau sebarang platform awam tampil meluahkan kekecewaan serius.

Kali ini beliau melahirkan kekesalan dengan pelbagai masalah rakyat di Selangor termasuk paling besar iaitu isu denggi yang gagal diurus kerajaan negeri itu kerana mungkin lebih sibuk berpolitik sepanjang masa.

Dalam nada sindiran sinis, Charles yang dipetik portal AgendaDaily menyalahkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali lemah dalam pengendalian masalah denggi hingga catat 89 maut tahun ini hingga Julai lalu.

Ini menjadikan rekod paling tinggi dalam sejarah negeri Selangor bahkan pemimpin DAP tersebut menyelar prestasi Timbalan Presiden PKR itu selain ‘pelik’ dengan cara kerja exco-exco kerajaan negeri.

“Kerajaan Selangor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak bekerja sebagai satu sistem. Agak lucu apabila masing-masing tidak tahu apa sebenarnya terjadi walaupun mereka (Exco) pergi ke mesyuarat yang sama.

“Tetapi apabila ditanya, ahli majlis mesyuarat (Exco) sendiri pun tidak tahu apa yang kerajaan negeri telah lakukan selama ini,” katanya pada sidang media di pejabat wakil rakyat itu di Klang pada Selasa.


Charles turut melihat kerjasama kerajaan negeri dan PBT gagal tangani isu denggi dengan merujuk situasi Exco Kesihatan, Dr. Daroyah Alwi seolah-olah ‘terbeban’ urus 40,000 kes dalam tempoh lapan bulan tahun ini.

“Isu ini bukan lagi masalah kesihatan sahaja tetapi melibatkan juga isu alam sekitar, PBT dan perumahan. Mereka tidak boleh lagi tuding jari kepada exco kesihatan. Sebab itu Mohamed Azmin mesti bertanggungjawab.

“Beliau kena mempengerusikan satu jawatankuasa khas dan bukan hanya seorang exco sahaja perlu bekerja ‘bunuh’ setiap pembiakan lava aedes. Azmin perlu umum hasil pemantauan setiap satu atau dua minggu.

“Beliau perlu lebih bertanggungjawab sebab Menteri Besar sahaja ada kuasa penuh atas semua PBT di seluruh Selangor dalam usaha tegas membanteras denggi,” kata Charles yang jelas sedih dengan isu tersebut.

Mungkin selepas ini Mohamed Azmin perlu kerap turun ke parit untuk membersihkan sendiri saliran yang tersumbat dengan sampah sarap tempat pembiakan nyamuk aedes seperti mana ketika mula dilantik dahulu.

Ketika itu, penyokong pembangkang sibuk ‘heboh’ bangga dengan sikap rajin beliau tetapi selepas itu, masalah denggi di Selangor tetap tidak berkurangan, malah terus bertambah lagi teruk! – Mynewshub.cc/ HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori