Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kanak-Kanak Maut: Polis Tak...

SEGAMAT – Polis tidak menolak kemungkinan adanya unsur penderaan terhadap kanak-kanak perempuan berusia...

Ramadan Buat Maya Matahari...

SEJAK Ramadan lalu, ramai selebriti wanita tanah air yang mengambil keberkatan bulan puasa...

Banjir Di Sarawak Pulih,...

KUCHING - Banjir yang melanda beberapa tempat di Bahagian Kuching dan Serian sejak...

Laungan ‘Hipokrasi’ Bergema Tanda...

BERGEGAR... Pada tahun 1998, ketika kes Datuk Seri Anwar Ibrahim laungan yang bergema...

David Beckham Bidas Artikel Kerana Kritik Anaknya

BEBERAPA hari lalu, sebuah portal antarabangsa telah mengeluarkan sebuah artikel yang dikatakan telah mempersoalkan kemahiran David Beckham dan isterinya, Victoria Beckham, dalam menguruskan serta menjaga anak bongsunya, Harper Seven.

Dalam artikel berkenaan, pakar dalam penjagaan kanak-kanak mempersoalkan mengapa anak pemain bola sepak tersebut masih menggunakan puting walaupun sudah berusia 4 tahun.

[DAVID BECKHAM AJAR ANAK PEREMPUAN MAIN BOLA SEPAK]

2B337FF100000578-3191650-image-m-33_1439162013046

Pakar juga memberi amaran kepada pasangan tersebut bahawa anak mereka, Harper berkemungkinan akan mengalami masalah untuk bercakap atau masalah berkaitan dengan giginya nanti.

Rentetan daripada artikel kontroversi itu, David melalui laman sosial instagram miliknya telah membidas kenyataan tersebut serta menyatakan tiada siapa berhak mengkritik para ibu bapa dalam menguruskan anak-anak mereka.

UNILAD-Screen-Shot-2015-08-11-at-12.30.562

“Mengapa masyarakat merasakan mereka ada hak untuk mengkritik ibu bapa mengenai anak-anak mereka tanpa sebarang fakta?

“Setiap ibu bapa tahu bagaimana untuk memujuk serta mengendalikan anak mereka yang tidak selesa dan antaranya adalah memberikan puting.


“Jadi fikir dua kali sebelum mengkritik tentang anak-anak orang lain kerana anda tidak ada hak untuk kritik saya sebagai ibu bapa..” tulisnya di instagram.

victoria-david-beckham-sons-romeo-cruz-brooklyn

Entri David tersebut telah menarik perhatian peminat dan pengguna di laman sosial itu dan ia juga meraih hampir 600 ribu likes.

Rata-rata netizen menyokong kenyataan yang dibuatnya itu dan mengklasifikasikan David dan Victoria yang sudah memiliki 4 orang anak itu sebagai ibu bapa yang bagus.

Victoria yang juga seorang pereka fesyen popular itu dilihat tidak memberi sebarang komen mengenai artikel kontroversi tersebut dan lebih selesa berdiam diri setakat ini.

Walaubagaimanapun, menurut sumber, The American Academy of Pediatric menyarankan anak-anak yang berusia 6 bulan berhenti menggunakan puting namun masih tidak diendahkan oleh kebanyakan ibu bapa sekarang.

– Agensi/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori