Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Nik Aziz Kurang Senang...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan hubungan...

Terima Kasih ‘Frontliners’, Anda...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan rasa bangga melihat kerjasama kukuh...

Wushu: Najib Ucap Tahniah...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan...

KBS Berkerjasama Dengan Mercedes-Benz

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Mercedes-Benz Malaysia menjalin kerjasama untuk...

DCA Akan Siasat Insiden Pesawat AirAsia ‘Mengundur Di KLIA2

PUTRAJAYA – Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menyiasat insiden pesawat ‘mengundur’ yang dikatakan berlaku pada 17 Julai di KLIA2 seperti yang dilaporkan media.

Dalam satu kenyataan hari ini, DCA bagaimanapun berkata jabatan itu tidak menerima laporan rasmi mengenainya.

Berdasarkan laporan media, insiden itu melibatkan Penerbangan AirAsia Indonesia QZ0120 di Bay Q11, KLIA2.

DCA berkata sebagai badan pengawal selia yang bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kecekapan pengangkutan udara negara, ia mengambil berat ke atas peranan dan tanggungjawabnya dalam memastikan pematuhan Standard Antarabangsa dan Amalan yang Dicadangkan oleh Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dilaksanakan.

“Untuk itu, DCA melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan berterusan ke atas lapangan terbang bagi memastikan pemilik atau operator mengekalkan dan meningkatkan tahap keselamatan di lapangan terbang.” katanya.


Selain itu DCA mengambil maklum mengenai mendapan di ruang parkir dan laluan pesawat di KLIA2 yang dikenal pasti sebagai situasi yang mungkin menjejaskan pematuhan yang ditetapkan.

“Isu ini diperakui oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan tindakan pembaikan, jangka pendek dan jangka panjang, sudah dilakukan,” katanya.

DCA berkata pasukan pemeriksaan bersama MAHB-AirAsia sudah pun ditugaskan untuk menjalankan pemeriksaan harian bagi memastikan ruang parkir dan laluan pesawat mematuhi Standard dan Amalan Yang Dicadangkan sebelum kawasan pergerakan pesawat dibuka untuk digunakan.

“Kawasan yang tidak mematuhi syarat dan pematuhan keselamatan ditutup dan kerja pembaikan dilakukan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori