Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Anwar Sedia Berdebat Dengan...

Kuala Lumpur : Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk berdepan dan...

Malaysia Tanpa Menteri Luar!...

AWAL bulan lalu, dunia gempar apabila Presiden Sudan, Omar al-Bashir memecat Menteri Luarnya...

Malaysia Kekal Tak Sertai...

KUALA LUMPUR - Malaysia ketika ini masih kekal dengan pendirian yang dibuat kerajaan...

Priyanka Yoshikawa Dinobat Ratu...

GADIS yang memiliki darah campuran India-Jepun telah dinobatkan sebagai pemenang Ratu Cantik Jepun...

DEIG: Pembangkang Lebih Tak Telus – Khairy

KOTA BHARU – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyelar tindakan PKR didakwa tidak bersikap telus berhubung Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang ditubuhkan bagi mengambil alih peranan Menteri Besar Incorporated (MBI) menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah pemerbadanan itu.

Khairy berkata pembangkang hanya tahu menuding jari menuduh kononnya kerajaan Persekutuan tidak telus dan cuba menyembunyikan perkara sebenar terutama berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sebaliknya mereka yang melakukan tindakan sedemikian.

“Nampak seolah-olah ada ‘udang di sebalik batu’ sebab dia (Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali) hanya buat penjelasan apabila pendedahan dibuat. Kalau pendedahan tak dibuat dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor saya tak tahu beliau akan jelaskan ataupun tidak.

“Bagi kita (isu) 1MDB kita jelas. Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata kita boleh siasat… siapa-siapa pun boleh siasat. Kita hantar kepada Parlimen, kita hantar kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Kita telus sebab tidak ada apa-apa yang nak disembunyikan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program #fitmalaysia Kelantan di Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Kelantan di Panji di sini pada Sabtu.

Lebih 15,000 peserta daripada segenap lapisan masyarakat dan umur menghadiri program berteraskan kecergasan selama sehari yang dianjurkan bagi memupuk masyarakat supaya membudayakan sukan.


Selasa lepas, beberapa anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan kebimbangan mereka terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang akan mengambil alih peranan MBI dalam menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah pemerbadanan itu.

Mohamed Azmin semasa menjelaskan perkara itu pada sidang DUN Selangor dilaporkan berkata DEIG, yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI, ditubuhkan pada Disember lepas untuk memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata.

Beliau juga berkata penubuhan DEIG dapat mengurangkan impak serta risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri manakala MBI pula akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan rakyat Selangor dan tanggungjawab sosial korporat, katanya. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=4Xq9On0RkS0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori