DISEBABKAN kontroversi yang melanda badan tersebut berkenaan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan solat hajat bagi memohon petunjuk Allah SWT di Putrajaya, hari ini.
Solat tersebut diimamkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Zakaria Jaafar selepas solat Zohor. Ia disertai kira-kira 100 kakitangan di bangunan badan tersebut.
1MDB: Kumpulan Anti Kerajaan Berang Hasil Siasatan SPRM
Antara doa yang dipohon adalah supaya mereka diberi kekuatan untuk melaksanakan tugas sebaik mungkin:
“Kami memohon kepadaMu ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk melaksanakan tugas dengan sebaik-baik mungkin.”
Selain itu, Zakaria turut memohon agar para pegawainya mampu melakukan tugas memerangi rasuah dengan lancar supaya ia tidak memusnahkan negara.
“Jauhilah kami dari perbuatan mungkar, berilah kekuatan kepada pejuang-pejuang rasuah ini supaya mereka dapat menyelamatkan diri dan keluarga mereka, organisasi, masyarakat terutamanya negara yang kami kasihi ini daripada dicerobohi perbuatan orang yang mengamalkan rasuah.” – MYNEWSHUB.CC
Polis Soal Siasat Pengarah SPRM
https://www.youtube.com/watch?v=jQWIEWxq2Hk