Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Tiada ‘Laporan Misteri’ MH370...

Kedutaan Indonesia hari ini menafikan Ketua Polis republik itu Jeneral Sutarman ada mengeluarkan...

Amelina Dikritik Pakai Seksi...

PENYANYI dangdut yang membuat kemunculan semula selepas hampir 15 tahun menghilang dari industri...

Kastam Kutip Hasil RM15...

CAMERON HIGHLANDS - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM15.140...

DBP Bantah Tukar Hari...

SHAH ALAM - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membantah keputusan Kementerian Belia dan...

Dipenjara Sehari, Denda RM12,750 Akibat Terima Rasuah

JOHOR BAHARU – Seorang penolong pengurus tabdir di sebuah syarikat swasta dihukum penjara sehari dan didenda RM12,750 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menerima rasuah pada Februari lalu, di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz turut menetapkan hukuman penjara enam bulan jika Mohamad Jalani Jasman, 54, gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut fakta pertuduhan, Mohamad Jalani didakwa menerima suapan RM2,550 itu daripada kontraktor Syarikat Anip S Enterprise, Sahir Tambol, 38, sebagai dorongan tidak menamatkan kontrak kerja-kerja pemunggahan barang ke dalam kontena Syarikat Delima Oil Product Sdn Bhd.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Sahara Permata, No.1, 1A, 1B, Jalan Perdagangan Damai, Bandar Baru Nusa Damai, Pasir Gudang, di sini pukul 1.18 tengah hari pada 19 Feb.

Tertuduh boleh dihukum denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan dan penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.


Bagaimanapun, melalui peguam belanya Munawar Kabir Mohd Zainal Abidin, tertuduh meminta diringankan hukuman dan denda kerana sudah menyesal dengan perbuatan selain ingin menjimatkan masa, tenaga dan kos dalam mengendalikan perbicaraan kes terbabit.

“Tertuduh sekarang mempunyai tujuh orang anak, tiga daripadanya masih belajar di Institut Pengajian Tinggi. Selepas berlaku kes ini, tertuduh kemungkinan besar tidak bekerja lagi dan ini akan menyebabkan dia mengalami masalah kewangan sementara anak-anaknya pula terganggu pembelajaran.

“Penghakiman juga perlu mengambil kira tertuduh sedang menghidapi masalah sakit jantung dan akan memerlukan rawatan susulan,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ridzuan Abd Malek. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori