Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Erin Malek Selamat Bersalin...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon, Erin Malek dan suaminya, Mohamed Fariz yang selamat menimang...

Rasuah & Salah Guna...

PUTRAJAYA - Seorang pengarah urusan sebuah bank bergelar Datuk, bekas pegawai bank sama...

Kerajaan Perinci Senarai Kesalahan,...

KANGAR - Kerajaan akan memperincikan senarai kesalahan dan jumlah maksimum kompaun membabitkan kesalahan...

Gempa Sederhana Berlaku Di...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di...

Ditahan Ketika Leka Rakam Video Bawah Skirt Wanita

KUALA LUMPUR – Kegiatan licik tidak bermoral seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun yang merakam bawah skirt seorang wanita di kompleks membeli belah Mid Valley, terbongkar apabila tindakannya disedari teman lelaki mangsa, semalam.

Aktiviti suspek membuat rakaman ketika mangsa menaiki eskalator dikesan berikutan penemuan beberapa rakaman video daripada telefon bimbit suspek yang dirampas polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata dalam kejadian pukul 6.10 petang itu, mangsa yang merupakan seorang pelajar, sedang menaiki tangga eksalator ke tingkat dua kompleks membeli belah itu bersama teman lelakinya.

“Teman lelakinya naik dahulu tangga eskalator kemudian mendapati suspek berada di belakang mangsa. Kemudian teman lelaki mangsa melihat suspek memegang telefon bimbit di celah kangkang mangsa.

“Bagaimanapun, suspek tidak menyedari tingkah lakunya diperhatikan teman lelaki mangsa sebelum dia disergah atas kesalahannya itu,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.


Sharul Othman berkata dua pengawal keselamatan di komplek beli belah itu bertindak menahan suspek sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Polis merampas sebuah telefon bimbit Samsung berwarna hitam yang mengandungi video mangsa yang dirakam suspek bagi membantu siasatan.

Suspek ditahan menurut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan direman sehingga Selasa depan. – BERNAMA

https://youtu.be/_SRVPZ-2vDg

  • Lagi berita berkaitan:
  • Skirt

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori