Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Op Global: Puluhan Individu...

GOMBAK: Puluhan individu termasuk wanita dewasa, remaja dan kanak-kanak yang diperiksa dalam serbuan...

Lelaki ‘Terdesak’ Curi Patung...

SEORANG lelaki China yang 'kesepian' telah ditangkap oleh kamera pengawasan (CCTV) mencuri sebuah...

Liverpool Menang, Van Dirk...

LIVERPOOL bangkit daripada kekecewaan minggu lalu dengan mencatat kemenangan 2-0 ke atas Southampton...

Cuepacs Puas Hati Dengan...

JOHOR BAHRU - Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda berkata pihaknya berpuas hati dengan...

Dua Lelaki Maut, Kereta Bertembung Di Batu Pahat

JOHOR BAHRU – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera apabila dua kereta bertembung di Batu 3 Jalan Yong Peng, dekat Batu Pahat semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Din Ahmad, berkata mereka yang maut dikenali sebagai Mohd Rizal Mohd Radin, 35, dan Lim Tong Hain @ Lim Tong Haw,62, manakala mangsa yang cedera pula adalah Tan Kean Joo, 28.

Kemalangan kira-kira pukul 7.15 malam itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga dipandu Mohd Rizal dari arah Ayer Hitam menuju ke Yong Peng, hilang kawalan selepas melalui kawasan yang baru ditaburkan dengan batu kerikil untuk kerja penurapan.

Ia menyebabkan kereta Mohd Rizal terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux.


“Pertembungan mengakibatkan Mohd Rizal dan rakan (penumpang depan) mati di tempat kejadian manakala pemandu kereta Toyota itu pula cedera,” katanya yang dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan polis menyifatkan kejadian berpunca akibat kecuaian mangsa sendiri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori