GUA MUSANG – Felda akan membina 20,000 unit rumah untuk generasi baharu di seluruh negara dengan harga RM90,000 seunit yang dijangka siap secara berperingkat dalam tempoh lima tahun lagi.
Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti Felda, Anuar Malek berkata setakat ini 8,500 unit rumah telah siap dibina manakala baki 11,500 unit lagi dalam pembinaan.
“Kita akan bina termasuk dua tempat di Felda Wilayah Gua Musang iaitu di Rancangan Tanah Felda Chiku 6 dan Kemahang masing-masing sebanyak 300 unit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata buat permulaan, rumah itu akan didiami secara sewa beli. – BERNAMA