SEBUAH kereta mewah Ferrari 458 Italia yang disewa seorang lelaki untuk menghadiri majlis perkahwinan berdepan dengan kecelakaan jalan raya, baru-baru ini.
Yang peliknya, dahlah menyebabkan kemalangan, jejaka itu dikhabarkan tanpa segan silu meminta wang depositnya sebanyak £5,000 (RM32,300) dikembalikan selepas ianya diambil oleh pihak insurans berikutan insiden itu.
Kereta mewah itu melanggar sebuah rumah dan terperosok di bawah teksi di kawasan kejiranan Luton, London.
Pihak berkuasa walau bagaimanapun tidak menahan pemandu terbabit walaupun dia telah menyebabkan kerosakan pada rumah dan teksi yang dilanggarnya itu. – MYNEWSHUB.CC
Parked Ferrari Crash in London: Tens of thousands pounds worth of damage caused by LORRY
https://www.youtube.com/watch?v=KuT2nA4cvus