Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pelajar Tingkatan Lima Dicekup,...

KOTA BHARU – Dua lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan lima tidak sempat mengedar...

Leachate Punca Kolam Di...

KUALA LUMPUR - Air kolam tercemar dan berbau busuk di Taman Pinggiran Delima,...

Kejam! Tikus Direbus Hidup-Hidup...

SEBUAH restoran di China dirakam melakukan penganiayaan terhadap tikus dengan merebus haiwan itu hidup-hidup...

Perak Tidak Kompromi Pihak...

IPOH - Kerajaan negeri Perak tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu dan pihak...

Gabenor-Jeneral Australia Diberi Sambutan Rasmi Negara

PUTRAJAYA – Gabenor-Jeneral Australia Sir Peter Cosgrove AK MC (Bersara) diberikan sambutan rasmi di Dataran Perdana di sini hari ini sempena lawatan sulungnya ke Malaysia.

Sir Peter dan Lady Cosgrove yang dalam lawatan negara selama lima hari disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor sejurus ketibaan mereka pada pukul 9 pagi tadi dan lagu kebangsaan kedua-kedua negara dimainkan.

Sir Peter kemudiannya memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada 106 pegawai dan anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, beberapa menteri kabinet, diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan juga turut hadir pada majlis itu.


Sir Peter dijadual menerima kunjungan hormat Najib di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada sebelah tengah hari sementara pada malamnya, Gabenor-Jeneral itu dan isterinya akan menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh perdana menteri dan isteri di kediaman rasmi mereka, Seri Perdana, Putrajaya.

Satu kenyataan rasmi Wisma Putra berkata lawatan Sir Peter akan mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang terjalin buat sekian lama antara Malaysia dan Australia serta menunjukkan kepentingan kerjasama antara kedua-dua negara. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori