Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Westwood Dipecat Sebagai Jurulatih...

GEORGE TOWN - Kontrak ketua jurulatih Pulau Pinang, Ashley Westwood ditamatkan serta merta...

100 Motosikal Kena Bakar...

LEBIH 100 motosikal terbakar dalam kebakaran yang disyaki berpunca daripada perbuatan khianat di...

Harga Rumah Melonjak Tak...

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) perlu dipertanggungjawabkan sekiranya tidak mampu berbuat apa-apa...

Anwar Dakwa Pemimpin PH...

KUALA LUMPUR - Bibit-bibit mempamerkan kemewahan dan kekayaan melampau didakwa semakin kelihatan dalam...

Gali Kubur Bapa Kerana Mahu Bertengkar

SANFORD (Amerika Syarikat) – Seorang lelaki di sini mengaku telah menggali kubur mendiang bapanya semata-mata mahu bertengkar dengan mayat berkenaan.

Michael May, 44, ditahan pada Isnin lalu selepas polis peronda tempatan terserempak melihatnya sedang menggali kubur di satu tanah perkuburan di bandar ini.

May yang berada dalam keadaan mabuk kemudian memberitahu pihak polis bahawa dia menggali kubur bapanya kerana mahu bertengkar dengan mendiang.

Katanya, dia cuba menggali kubur mendiang kerana berasa amat ‘rindu’ sudah lama tidak bertengkar dengan bapanya itu sejak sekian lama.

“Ketika bapa saya masih hidup dahulu, saya sering bertengkar dengannya apabila kami ada masa,” kata lelaki berkenaan dengan nada cukup selamba.


May yang ditemu bual seorang wartawan tempatan bagaimanapun memberitahu bahawa dia tidak berniat langsung untuk merosakkan kubur bapanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, May bakal didakwa atas kesalahan kerana merosakkan kubur, mabuk di tempat awam dan memiliki dadah.

Menurutnya, lelaki tersebut ditahan di sebuah penjara di sini sementara menunggu hukuman rasmi dijatuhkan oleh pihak mahkamah. – Agensi/Mynewshub.cc

https://youtu.be/_hRYb8O0L5c

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori