Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lebih 114 Juta Rokok...

DENGKIL - Lebih 114 juta batang rokok seludup melibatkan cukai kira-kira RM58.1 juta...

5 Senator Angkat Sumpah...

KUALA LUMPUR - Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Datuk Dr Ariffin SM Omar yang...

Saiful Bukhari Lancar Laman...

PORT DICKSON - Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd...

Op Ekzos Bising: 96...

SEREMBAN: Tindakan pemilik motosikal mengubah suai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising antara 96...

Gambar ‘Makan Malam Terakhir’ Najib, Muhyiddin Jadi Viral

ADIK kepada perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak memilih untuk bernostalgia bagaimana saat-saat akhir abangnya, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menikmati “makan malam terakhir” bersama di akaun Instagram beliau.

Gambar diambil pada 27 Julai itu merupakan malam sebelum Najib mengumumkan rombakan Kabinet yang menyaksikan Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri, di rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran CIMB.

“Sesuatu untuk catatan sejarah, tanpa sedar menjadi tuan rumah bagi makan malam terakhir mereka bersama,” tulis Nazir di samping gambar tersebut.

Posting Pengerusi Kumpulan CIMB itu mendapat lebih 1023 likes dan pelbagai komen daripada netizen.

One for the history books- (Oblivious) host to their last supper together.

A photo posted by Nazir Razak (@nazir.razak) on

“Nak melukis kembali gambar ini, tidak sabar menunggu reaksi pada masa akan datang,” komen pengguna Instagram, Azilah Bachok.


“Ini mungkin gambar paling #awkward (janggal),” komen pengguna Instagram lain, Netusha.

“Great sense of humour. Rare for an accountant @nazir.razak (Anda mempunyai gaya di dalam humor, amat tidak diduga dari seorang akauntan @nazir.razak),” tulis Shyyusof.

“Saya tertanya-tanya bagaimana agaknya senarai jemputan tahun depan,” komen kamal_ab.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori