Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Netizen Desak Tingkatkan Usaha...

SUSULAN insiden kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang menjadi viral gara-gara...

Hudud PAS Hanya Untuk...

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengkritik hasrat PAS untuk melaksanakan...

Polis Tahan 3 Lelaki...

SEREMBAN - Polis Seremban menahan tiga lelaki ketika memunggah barang dari rumah yang...

Gempa Bumi Lemah 2.1...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah berukuran 2.1 pada skala Richter berlaku di...

Gambar Mantan Peguam Negara Di Lahad Datu Difitnah

AHLI Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin baru-baru ini di halaman Facebooknya telah menyebarkan gambar palsu memaparkan kononnya bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dikawal ketat oleh anggota polis bersenjata secara negatif.

Gambar yang disertakan kapsyen menghasut, “This is how ex-AG is treated. Speechless” (Beginilah bekas peguam Abdul Gani dilayan) itu dilihat sebagai cubaan untuk memanipulasi minda rakyat terhadap cara layanan diberikan kepada bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

1111111111111111111
fitnah Sim Tze Tzin

Gambar berkenaan sebenarnya diambil ketika lawatan Abdul Gani ke Lahad Datu semasa krisis pencerobohan penganas di sana seperti mana disiarkan oleh Sinar Harian bertarikh 20 Mac 2013.

Walau bagaimanapun, Sim Tze Tzin didapati telah memadamkan gambar tersebut setelah pendedahan sebenar tentangnya tersebar.

Mudah benar pemimpin pembangkang ini menyebarkan fitnah dan kemudian memadamkan fitnah yang telah disebarkan mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Antara pemimpin pembangkang lain yang membuat fitnah menggunakan gambar ini adalah penyelaras Jingga 13, Faris Musa dan tdak ketinggalan blogger ProTun, OutSyed The Box.


3333
Sumber gambar dari Facebook.

 

acane ni
Sumber gambar dari Facebook.

Diharapkan pihak polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan terhadap puak-puak pembangkang ini kerana menyebarkan fitnah yang mengelirukan rakyat.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori