Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Lemas Dipercayai Jatuh...

IPOH - Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun mati lemas dipercayai terjatuh ke dalam...

Wajah Lelaki Suspek Kelar...

KES pembunuhan menyayat hati Nursyuhada Johari,19, yang dikelar oleh kenalan lelakinya amat memilukan hati...

BN Yang Telah Diuji...

SHAH ALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa masyarakat perniagaan...

Punca Awal Kematian Anak...

SANDAKAN - Hasil bedah siasat awal bangkai anak gajah yang ditemukan terapung di...

Gesa Penuntut IPTA Tidak Terbabit Dalam Demonstrasi Politik

MACHANG – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh menggesa penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) supaya tidak terbabit dengan demonstrasi yang bercirikan politik.

Beliau berkata mereka sebaliknya perlu menumpukan terhadap pelajaran untuk lulus dalasm peperiksaan.

“Kerajaan membelanjakan purata kira-kira RM18,000 setahun (dalam bentuk pinjaman) kepada golongan mahasiswa dan jika mereka gagal, ia akan merugikan negara.

“Walaupun kerajaan telah memberi kebebasan berpolitik kepada mereka, namun ia harus dilihat dalam konteks yang lebih luas. Boleh berpolitik, tapi tunggulah sehingga mereka tamat pengajian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Wanita UMNO bahagian Machang di sini Jumaat.

Hadir sama Ketua UMNO bahagian Machang merangkap Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO bahagian Machang, Senator Datin Rahimah Mohamed.

Idris diminta mengulas mengenai kemungkinan penuntut IPTA menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 di ibu negara hujung minggu ini.

Beliau berkata pihak universiti boleh mengambil tindakan ke atas pelajar yang menyertai perhimpunaan berdasarkan peruntukan undang-undang UA.


“Kementerian tidak boleh ambil tindakan ke atas mahasiswa yang menyertai sebarang perhimpunan ataupun demonstrasi, tapi pihak universiti boleh kerana mereka ada Senat masing-masing,” katanya.

Sementara itu dalam ucapannya beliau yang juga Anggota Parlimen Besut menggariskan tiga aspek jika Barisan Nasional (BN) mahu merampas Kelantan daripada tangan PAS seperti yang dilakukan BN Terengganu pada pilihan raya umum ke-12.

“Yang pertama kita kena ubah cara pemikiran kita. Kita kena selalu fikirkan kemenangan dan yang kedua jangan fikir sangat mengenai masalah tapi fokus kepada penyelesaiannya.

“Yang ketiga dan yang paling penting ialah kita kena ikhlas dalam perjuangan. Jika kita tidak dipilih sebagai ketua, kita tiada sebarang jawatan dalam parti, kita tetap kena reda dan bersatu padu,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori