Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

JAS Ambil Tindakan Pembakaran...

PUTRAJAYA - Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang...

Rayer, DAP Lapor Polis...

GEORGETOWN: Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer hari ini membuat laporan terhadap Menteri Besar...

Elizabeth Tan: Saya Tahu...

PENYANYI Elizabeth Tan tetap bertegas bahawa kenyataan yang diberikannya sebelum ini berhubung isu putus...

PRU14: UMNO Kedah Buat...

ALOR SETAR – Kesemua 15 bahagian UMNO di Kedah diminta menghantar laporan post-mortem...

GHB: Mat Sabu Hantar Wakil Temui Nik Omar

SHAH ALAM – Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB) Mohamad Sabu akan menghantar wakilnya bagi bertemu anak bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan akan menyertai gerakan itu dalam masa terdekat.

Mohamad berkata buat masa ini beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung hasrat Nik Omar, anak kedua bekas Menteri Besar Kelantan itu.

“Kita (GHB) akan periksa dan rakan kita akan buat pengesahan dan bertemu beliau,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran GHB Selangor di sini, malam tadi.

Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi kononnya Nik Omar akan menyertai GHB.


Bagaimanapun, laporan media hari ini menyebut Nik Omar menafikan dakwaan yang tersebar di laman sosial berhubung perkara itu, yang timbul ekoran tersebarnya gambar beliau bersama Pengerusi GHB Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada satu majlis.

Mohamad berkata GHB bersikap terbuka untuk menerima sesiapa sahaja termasuklah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan anggota Majlis Syura Ulama PAS. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori