Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Thanabalan Sedia Pertimbang Tawaran...

KUALA LUMPUR ā€“ Penyerang skuad Bawah 22 (B-22) N. Thanabalan berkata beliau sedia...

Pemuda PAS Kesal Tindakan...

SHAH ALAM - Pemuda Pas kesal dengan tindakan segelintir golongan anti vaksin yang...

Kerjasama Menyeluruh Tangani Isu...

BATANG KALI - Semua pihak perlu memberikan kerjasama menyeluruh bagi memberikan kesan positif...

Saman RM1 Juta Ciplak...

KOTA BHARU - Saman RM1 juta akan dikenakan terhadap mana-mana syarikat pengeluar baju...

Gila…Kepala Bayi Terputus Dan Tertinggal Dalam Perut

SANGAT cuai dan amat menakutkan. Itu yang berlaku kepada seorang ibu apabila dia meninggal dunia selepas kepala bayi yang dilahirkannya terputus dan tertinggal di dalam perutnya akibat kecuaian doktor di sebuah hospital kerajaan di Shahjahanpur, Uttar Pradesh.

Wanita itu, Geeta Devi, 32, dimasukkan ke hospital terbabit pada Sabtu lalu selepas mengadu mahu bersalin namun meninggal dunia pada awal pagi Ahad setelah doktor yang bertugas telah menarik badan bayi itu hingga terputus.

Lebih teruk dalam kes kecuaian perubatan ini, Geeta dibiarkan dan dihantar ke hospital lain ketika kepala bayinya masih berada dalam perut wanita itu.

Hanya di hospital di Bareilly, barulah doktor berjaya mengeluarkan kepala bayi terbabit tetapi mereka gagal menyelamatkan nyawanya.

Menurut suaminya, Hemant, kejadian itu merupakan kecuaian doktor terbabit.

“Sebenarnya jururawat yang mengeluarkan kepala bayi saya tetapi isteri saya gagal diselamatkan,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢ĆƒĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢ katanya.


Dalam pada itu pegawai polis, K G Yadav berkata, hospital terbabit tidak dilengkapi dengan peralatan untuk menghadapi kelahiran yang rumit itu.

“Doktor juga tidak berupaya menangani situasi tragik ini dan ia merupakan kecuaian mereka di mana kepala bayi itu terputus,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢ĆƒĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢ katanya.

Polis kini sedang mengesan doktor yang mengendalikan kes berkenaan ketika Geeta bersalin. – MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/3Br5FQXI8xY

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori