Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Aidilfitri: Maklum Polis Sekiranya...

JOHOR BAHRU - Orang ramai yang akan meninggalkan rumah masing-masing bagi menyambut Aidilfitri...

Khairy, Dr Noor Hisham...

SHAH ALAM : Sekumpulan rakyat Malaysia memfailkan saman terhadap kerajaan dan Kementerian Kesihatan...

Suntikan Dos Tambahan Vaksin...

PUTRAJAYA - Jadual suntikan dos tambahan vaksin 5-Serangkai (DTap-IPV//HiB) yang diwajibkan pengambilannya ke...

Kerajaan Laksana Langkah Atasi...

SHAH ALAM - Kerajaan menyenaraikan 11 penyelesaian jangka pendek dan sembilan penyelesaian jangka...

Hampir 1,000 Memeluk Islam Setiap Tahun Di Malaysia

KUALA TERENGGANU – Hampir 1,000 orang menjadi ‘saudara baharu’ apabila memeluk Islam di seluruh negara setiap tahun, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pengarah Bahagian Dakwah Jakim, Datuk Ali Mohammed berkata perkembangan positif itu juga dipengaruhi oleh pelbagai program anjuran jabatan tersebut yang melibatkan saudara baharu selama ini.

“Kita sentiasa turun padang untuk memantau perkembangan saudara baharu dengan kerjasama pihak majlis agama Islam negeri-negeri serta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan dakwah Islam yang lain.

“Tumpuan juga diberi kepada usaha untuk melahirkan lebih ramai tokoh pendakwah profesional dalam kalangan saudara baharu untuk menarik minat ramai anggota keluarga dan sahabat mereka memeluk Islam,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Semarak Kasih Aidilfitri bersama Saudara Baharu Muslim Negeri Terengganu di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Pengarah Kanan Jabatan Dakwah, Pendidikan dan Pengurusan Masjid Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Datuk Samsiah Awang dan penceramah khas mualaf, Pensyarah UniSZA, Dr. Nor Salimah Abu Mansor.

Mengulas lanjut Ali berkata Jakim berhasrat untuk terus memperkasakan program pembangunan modal insan dengan kerjasama tokoh pendakwah profesional yang sudah terkenal di negara ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori