LONDON – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun hampir hilang kaki selepas tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah ketika bercuti bersama ibu bapa dan keluarganya di Afrika Selatan.
Kejadian itu menyebabkan Euan Hird, terperangkap selama tiga jam di eskalator terbabit dan kakinya hampir dipotong oleh pasukan perubatan.
Menurut bapanya, Will Hird, 28, percutian mereka sekeluarga ke Afrika Selatan sepatutnya menjadi sesuatu yang menarik namun dikejutkan dengan insiden berkenaan.
“Saya dapat mendengar eskalator itu patah dan melihat kaki anak saya terperangkap di antara tangga tersebut.
“Pasukan penyelamat terpaksa mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan kakinya menyebabkan paramedik memutuskan untuk memotong kakinya. Namun nasib baik kaki Euan berjaya dikeluarkan, selang 20 minit sebelum dipotong,’’katanya.
Jelasnya, insiden berkenaan menyebabkan kawasan itu dipenuhi dengan darah. Selepas dua pembedahan membetulkan tulang kakinya dijalankan, Euan dibenarkan keluar hospital pada hari kelima.
Namun dia tidak dibenarkan menaiki kapal terbang menyebabkan isteri dan anak saya Will yang lain terpaksa berada di Afrika Selatan selama lapan minggu.
Meskipun doktor melahirkan kebimbangan bahawa Euan tidak mungkin dapat berjalan lagi akibat kemalangan yang menakutkan itu, namun dia kini semakin sembuh. – Mynewshub.cc
https://youtu.be/SX3aE2AYh24