Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Agong Mahu Rakyat Di...

ABU DHABI - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah...

Netizen Biadab Hina Kebakaran...

DALAM kesedihan rakyat Malaysia terhadap tragedi kebakaran tragis melanda pusat tahfiz Darul Quran...

Presiden IPF Angkat Sumpah...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) Datuk M. Sambanthan...

Pemain MU, Michael Carrick...

SAHIH... Michael Carrick mengesahkan beliau akan bersara sebagai pemain bola sepak pada musim...

Hari Kebangsaan: Ketepikan Perbezaan Politik, Ideologi & Terus Bersatu

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia harus mengetepikan perbezaan fahaman politik dan ideologi dan terus bersatu sempena meraikan Hari Kebangsaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Menurut beliau perasaan bahawa ‘tanah air adalah segala-galanya’ perlu disemat dalam jiwa rakyat Malaysia sebagai bukti rasa cinta kepada negara.

“Saya berharap sungguh bagi pihak yang merasakan mereka mempunyai perbezaan dengan kita, kita ketepikan. Biar kita bersatu demi negara kita.

“Kita meraikan Hari Kebangsaan dan kita tunjukkan bahawa jika kita bersatu padu, jika kita dapat tentukan bahawa tanah air adalah segala-galanya, kita boleh maju ke hadapan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka di sini, Sabtu.


Hari Kebangsaan 2015 disambut pada 31 Ogos ini di seluruh negara dan sambutan peringkat kebangsaan diadakan di Dataran Merdeka dengan tema pada tahun ini ‘Sehati Sejiwa.’ – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori