Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sabah Bentang Bajet Lebihan...

KOTA KINABALU ā€“ Kerajaan negeri Sabah hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.104 bilion...

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Penduduk Taman Tempua Bestari dan Gumut Tambahan di Hulu Selangor...

Real Madrid Cuba Pancing...

MADRID - Real Madrid cuba memancing khidmat penjaga gol Tottenham Hotspur, Hugo Lloris...

Saman Najib: Bekas Ketua...

PUTRAJAYA - Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim hari...

Henti Desak Muhyiddin Letak Jawatan – Shahrizat

BERA – Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini, meminta segelintir anggota parti supaya berhenti mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai timbalan presiden.

Katanya tindakan Muhyiddin untuk kekal menjawat jawatan itu juga tidak melanggar undang-undang mahupun peraturan parti.

“Pada saya, beri sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden dan Muhyiddin sebagai timbalan presiden juga perlu beri sokongan sebagai satu pasukan.

“Tak payah suruh letak jawatan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda Bera di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ketua Wanita UMNO Bera Zanariah Sahadan, Ketua Pemuda UMNO Bera Mohd Zoolihsan Ahmad dan Ketua Puteri UMNO Bera Salmiah Abdul Rahman.


Shahrizat mengulas kenyataan Muhyiddin yang menegaskan tidak akan meletak jawatan meskipun ada desakan daripada ketua bahagian parti supaya beliau berbuat demikian.

Berhubung perkara ini, Shahrizat berkata isu ini bukan perkara baharu dan beliau berpandangan anggota UMNO perlu memberikan ruang kepada kedua-dua tokoh itu dan tidak melayan desakan itu. – BERNAMA

https://youtu.be/6inROTagUVs

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori