TAK siapa boleh dinafikan fakta bahawa perhimpunan Bersih 4.0 yang dirancang berlangsung 34 jam bermula 2 petang Sabtu hingga 11.59 malam Ahad ini dimonopoli oleh lebih 80 peratus masyarakat Cina.
Kalau tak percaya, layarilah Internet dan klik sahaja foto kemas kini di lokasi kejadian serta lihat sendiri wajah-wajah mereka yang hadir kononnya atas dasar memperjuangkan ketelusan pilihan raya.
Ada segelintir pihak membuat andaian, situasi tersebut berpunca daripada keengganan PAS untuk turut serta pada edisi kali ini kerana sudahpun berseteru dengan bekas sekutunya dahulu, DAP.
Lebih teruk lagi, hanya serpihan pemimpin PAS yang angkat kaki dan tubuhkan parti sendiri, Gerakan Harapan Baru (GHB) turut serta dalam perhimpunan haram itu.
Pembangkang Sah ‘Hijack’ Acara Bersih 4.0
Nasihat pemimpin tertinggi parti Islam berkenaan untuk tidak menggalakkan ahlinya menyertai demo turut menjadi penyebab jumlah Melayu yang hadir sangatlah sedikit jika banding dengan edisi-edisi Bersih sebelum ini.
Melayu yang ada sudah tentulah secebis daripada puak yang menyokong Dyana Sofya dan Zairil Khir Johari dalam DAP, manakala sebahagian lagi pasti totok PKR yang menyokong satu keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di kala sambutan masyarakat Melayu sendiri makin dingin dan menyepi, kebangkitan masyarakat Cina dilihat makin menguat, justeru gelombang mereka jelas terserlah kali ini.
Lantas banyak suara tertanya-tanya, apakah agenda di sebalik tindakan mereka memenuhi setiap pelusuk persekitaran Dataran Merdeka sambil rata-rata menjulang pelbagai poster dan kain rentang.
Sebahagian besarnya lebih kepada mengutuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pelbagai kata-kata nista.
Kalau dirujuk balik lima tuntutan yang terkandung dalam Bersih 4.0, NGO pimpinan Maria Chin Abdullah itu hanya inginkan pilihan raya bebas dan adil, kerajaan yang telus, hak berdemonstrasi, kukuhkan sistem demokrasi berparlimen dan selamatkan ekonomi Malaysia.
Jadi, mengapa tiba-tiba tujuan Bersih terus bertukar haluan menjadi isu peribadi puak pembangkang yang jelas dikepalai oleh DAP?
Rumusan paling rasional adalah ia merupakan usaha masyarakat Cina DAP untuk menggulingkan kerajaan sedia ada dan menggantikannya dengan pengemudi yang lebih liberal.
Apatah lagi bila PAS sudah tidak bersama, mudahlah untuk puak-puak sana menggunakan acuan sendiri dalam mentadbir dan pastinya GHB hanya akan bertindak sebagai boneka serta tidak punya suara langsung dalam pergerakan itu satu hari nanti.
Bukan mahu memomokkan benda yang tak wujud tapi perkata ini memang sedang berlaku depan mata. Tak mustahil, entiti yang bergerak atas nama NGO itu sebenarnya hanya dijadikan ‘beard‘ untuk mengaburi intuisi sebenar pihak Cina DAP bagi menjatuhkan kuasa politik Barisan Nasional (BN).
Bukan maksudnya ingin menyemai perasaan rasis, sebaliknya rakyat Malaysia mestilah menghormati sistem demokrasi berparlimen yang ditentukan melalui proses pilihan raya, dan bukannya semberono berdemo minta PM letak jawatan.
Ini bukan negara yang tak bertamadun dan baru setahun jagung tertubuh. Hampir 58 tahun mencapai kemerdekaan, sepatutnya sejarah banyak mengajar kita tentang musuh dalam selimut.
Sekadar untuk renungan cuba anda fikirkan, dengan kebanjiran puak Cina di jalanan KL bebas mengutuk PM dan isterinya kini, siapa sebenarnya yang lebih rasis? – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=x5tO9tEKFA8&feature=youtu.be
https://www.youtube.com/watch?v=iBTH-mg9dyM