Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

3 Pasukan Raih Kemenangan...

KUALA LUMPUR – Tiga pasukan Liga Super iaitu Selangor, Melaka United dan Felda United meraih kemenangan...

Kes Denggi Di Perlis...

KANGAR: Kes demam denggi di Perlis terus menunjukkan peningkatan dengan 33 kes dilaporkan...

Banduan SOSMA Beri Tempoh...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Hanipa Maidin, dikatakan...

Operasi Penguatkuasaan Denggi Di...

IPOH - Operasi Penguatkuasaan Pembiakan Aedes di kawasan 'titik panas' dan wabak denggi...

Hishammuddin Gesa Anggota UMNO Beri Keutamaan Kepada Parti

MERSING – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggesa seluruh anggota parti memberi keutamaan kepada UMNO supaya parti yang ditunjangi orang Melayu itu terus kukuh.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata situasi yang berlaku di dalam UMNO ketika ini bukan perkara baharu dan beliau yakin parti itu dapat mengharungi pelbagai cabaran yang dihadapi.

“Marilah kita (anggota UMNO) merapatkan barisan supaya kita tidak berpecah- belah. Kita perlu berfikiran terbuka dan tidak berfikiran sempit seperti hidup di bawah tempurung,” katanya berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Mersing di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan seluruh anggota UMNO supaya menghormati Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana bekas timbalan perdana menteri itu masih merupakan timbalan presiden parti.

“Anggota UMNO juga perlu menerima keputusan rombakan kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa lepas, secara matang, rasional dan penuh tanggungjawab.

“Muhyiddin sendiri sudah menyatakan komitmen beliau untuk mengutamakan parti, sehubungan itu, seluruh anggota Umno perlu merapatkan barisan,” katanya.

Berhubung pertemuan Najib dengan kalangan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri semalam, Hishammuddin berkata itu merupakan kaedah terbaik bagi membincangkan situasi ketika ini.


“Ini cara kita (UMNO) untuk perjelas kepada anggota UMNO sampai ke peringkat cawangan. Itulah kaedah terbaik untuk selesaikan hal rumah tangga kita,” katanya.

Sementara itu di GEORGE TOWN, Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Sohaimi Shahadan menasihatkan semua anggota UMNO tidak mengamalkan budaya “sate” dan perlu bersatu dan perkuatkan parti dalam menghadapi apa juga cabaran dan menangani persepsi negatif.

“Bila berlaku satu isu… ada banyak kategori manusia ini, ada tukang kipas … bodek sana sini … ada tukang cucuk. .. beritahu itu tak betul, ini tak betul, lepas tu ada pula tukang bakar… ini yang dikatakan budaya “sate”,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Wanita UMNO Bahagian Bayan Baru di sini hari ini.

Sohaimi turut berterima kasih kepada Muhyiddin atas jasanya membangunkan UMNO dan masih lagi berusaha memastikan UMNO dan Barisan Nasional utuh serta memberikan sokongan padu kepada Perdana Menteri.

“Selain itu kita juga mengucapkan selamat datang kepada Timbalan Perdana Menteri baharu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi … untuk memperkuatkan kabinet dan UMNO selain seorang yang sangat mesra rakyat dan sentiasa turun padang,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/giiYzUIw3B4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori