TEHERAN – Seorang lelaki menerima hukuman yang menakutkan apabila dihukum `mata untuk mata’ iaitu matanya dicungkil selepas merosakkan penglihatan seorang lelaki dalam satu pergaduhan di jalanan.
Warga tempatan dikenali sebagai Hamed dihukum menjalani hukuman itu selepas didapati bersalah dalam satu pergaduhan pada Mac 2011, ketika berusia 23 tahun.
“Ia berlaku pada tengah malam ketika saya sedang berehat di rumah apabila ibu saya memberitahu bahawa bapa saya terlibat dalam kemalangan kereta.
“Saya berlari ke tempat kejadian untuk membantu bapa saya.
Saya langsung tidak mempunyai niat untuk mencederakan mata sesiapa pun,’’ katanya.
Hamed dihukum cungkil pada pada 1 Ogos lalu.
Susulan hukuman itu, seorang aktivis, Farideh Karimi menyatakan kekesalannya apatah lagi negara Eropah tidak membantah terhadap pelaksanaan hukuman tidak bertamadun itu.
“Hukuman ini merupakan satu seksaan dan ia semakin meningkat ketika pemerintahan Presiden Hassan Rouhani,’’ katanya.
Dalam masa beberapa bulan lepas, dua tangan telah dipotong dan semalam, tangan serta kaki seorang lelaki telah dipotong oleh pihak berkuasa. – Agensi/Mynewshub/
https://www.youtube.com/watch?v=GSzibGu2kJg