Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Aiman Enggan Ambil Tahu...

PELAKON, Aiman Hakim Ridza lebih selesa untuk tidak mengambil tahu atau campur tangan berhubung kontroversi...

3 Anak Muda Teruskan...

ALOR SETAR - Tiga anak muda meneruskan Kembara Berjalan Kaki 1Semenanjung Malaysia di...

PKPD Di Aman Jaya,...

KUALA LUMPUR - Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di...

Anwar Temui Bacharuddin Jusuf...

JAKARTA - Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan...

Ingati Hari Kebangsaan Dari Sertai Demo Lebih Patriotik – Nur Jazlan

SEMPENA bulan kemerdekaan yang bakal menjelang hujung bulan ini, mengingati hari kebangsaan tersebut merupakan usaha lebih patriotik berbanding turun menyertai demonstrasi Bersih 4.0, ujar Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Menerusi laporan portal rasmi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), beliau turut berkata, demonstrasi jalanan bukanlah jalan terbaik untuk menunjukkan semangat patriotik terhadap tanahair, apatah lagi untuk menegakkan keadilan.

Apa Agenda Maria Chin Ajak Nur Jazlan Sertai Bersih 4.0?

“Takkan kerana beberapa orang dalam Bersih, kononnya buat demi kepentingan demokrasi, lagi 30 juta tak sertai, adakah mereka dikatakan tidak mempunyai semangat?

MalaysiaBersih2012Front-621x327

“Adakah itu bermakna orang yang tak sertai ini mereka tidak patriotik padahal jumlah mereka (perserta Bersih) kecil berbanding jumlah penduduk negara kita ni, jadi untuk mengingati hari kebangsaan dan mengingati anggota polis yang terkorban untuk menentang komunis, itu lebih patriotik pada saya berbanding demonstrasi Bersih ini,” ujarnya seperti disiarkan BNBBC.


Sementara itu, memberi ulasan tentang keputusan pihak berkuasa tidak membenarkan Bersih 4.0 diadakan di Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos depan, beliau berkata ia merupakan keputusan wajar.

“Sudah pasti persiapan untuk menyambut Hari Kemerdekaan akan dibuat pada hari sebelumnya, sebab itu polis melarang mereka untuk buat demontrasi sekitar Dataran Merdeka dan Padang Merbok, kalau demo nak dibuat pada tempat yang sama juga, ia akan menganggu gugat harta benda di situ.”

Jazlan berkata, situasi berkenaan akan menyebabkan peningkatan terhadap kos untuk mengawal keselamatan disebabkan jumlah peserta yang terlibat dengan latihan Hari Merdeka. – MYNEWSHUB.CC

Kerajaan Tiada Masalah Dengan Bersih 4.0 – Nur Jazlan Mohamed

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori