Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Polis Tahan 4 Remaja...

MACHANG - Gara-gara membuli dan memeras ugut sebanyak RM5 terhadap seorang pelajar sekolah...

400 Penunggang Motosikal Terima...

BUTTERWORTH - Menyedari hakikat kos sara hidup yang semakin meningkat, Pergerakan Pemuda UMNO...

UMNO Bantah Kenaikan Cukai...

GEORGE TOWN - Umno Pulau Pinang membantah sekeras-kerasnya jika kerajaan negeri Pulau Pinang...

SKMM Sambut Baik NFCP...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyambut baik pengumuman dalam Belanjawan...

Ini Jawapan Sebenar Mengapa Rosmah Jalan ‘Mendahului’ Najib

ENTAH di mana silapnya, sekeping gambar yang memaparkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor jalan ‘mendahului’ suaminya Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Singapura pada Ahad lepas menjadi viral dan bualan hangat netizen di laman sosial.

Hanya gara-gara salah faham gambar tersebut, ramai membuat kesimpulan mendakwa Rosmah merupakan isteri yang ‘bossy’ sehingga suaminya terpaksa berjalan di belakang.

Menjawab segala tohmahan dan kritikan tersebut, Datuk Rizal Mansor selaku pembantu kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjelaskan situasi sebenar perihal gambar tersebut.

Menurut Rizal, Rosmah terpaksa berjalan dahulu di hadapan kerana tempat duduk beliau berada di sebelah dalam.

“Datin Seri Rosmah jalan di depan Datuk Seri Najib… cuba tengok susunan tempat duduk… macam pergi tengok wayang, siapa yang duduk sebelah dalam masuk dulu.

“Tempat duduk dan kedudukan masuk semuanya ditentukan oleh protokol Singapura. Kita ni tetamu ikut je lah…,” tulis Rizal di laman Facebook.

11873416_10153281466104998_4947196585188437435_n

Selain itu, Rizal turut menjelaskan satu lagi gambar yang memperlihatkan Rosmah seolah-olah satu-satunya isteri ketua pemimpin yang hadir pada sambutan tersebut.


Demi memuaskan hati ramai, Rizal berkongsi gambar lain yang menunjukkan ketua negara dan kerajaan lain turut diiringi oleh isteri-isteri masing-masing.

11816969_10153281466109998_6686070414687419801_n

“Datin Sri Rosmah satu-satunya isteri ketua negara yang hadir?

“Anda tengoklah sendiri gambar Utusan Malaysia hari ni.. Isteri Naib Presiden Indonesia ada, Vietnam dan New Zealand pun bawak.. daripada 8 Ketua Negara/Wakil yang hadir, 4 bawak pasangan masing-masing.. pastu Isteri PM Singapura pun ada..,” tulis Rizal lagi.

Dalam pada itu, Rizal turut meluahkan pendapatnya tentang banyak lagi benda lain yang lebih penting, namun beliau terpaksa menjelaskannya sebab ramai telah memainkan perkara tersebut.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori