Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Murid Teruja Dapat Balasan...

BANDAR SERI BEGAWAN – Ia asalnya hanya satu tugasan ringkas yang diberikan guru...

Chandelier Berderai Semasa AJL29.....

KAMI yakin ramai penonton Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) yang disiarkan secara langsung di...

Penjawat Awam Perlu Mampu...

KUALA LUMPUR - Penjawat awam perlu menambah ilmu dan memiliki keupayaan untuk menghadapi...

Ada Usaha Terancang Untuk...

KOTA BHARU - Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata...

IPT Diminta Ambil Tindakan Pelajar Sertai Demonstrasi Haram

GEORGETOWN – Institusi Pengajian Tinggi (IPT) diminta menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penuntutnya yang terlibat dalam demonstrasi jalanan di hadapan bangunan Parlimen, Selasa lepas.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata universiti masing-masing mempunyai hak untuk menilai dan membuat keputusan jenis tindakan yang akan diambil terhadap penuntut mereka yang terlibat.

“Kementerian akan menyerahkan kepada pihak IPT untuk menentukan jenis tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram,” katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Makan Malam Alumni Universiti Sains Malaysia di sini malam tadi.

Idris turut menggesa supaya penuntut universiti awam tidak terlibat dengan demonstrasi yang bercirikan politik, sebaliknya perlu menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Selasa lepas, polis menahan 17 penuntut universiti yang menggelarkan diri mereka Langkah Siswa kerana membuat demonstrasi jalanan dan berkhemah di hadapan bangunan Parlimen.


Sementara itu, mengenai kejatuhan nilai mata wang ringgit, beliau berkata ia tidak banyak memberi kesan kepada pelajar di luar negara yang mendapat biasiswa kerajaan.

Ini kerana katanya, biasiswa akan diberi dalam bentuk mata wang asing mengikut negara tempat pengajian pelajar terbabit. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori