Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

PKB Rancang Bina Rumah...

KUALA LUMPUR - Kampong Bharu akan melalui fasa pembangunan semula dengan pembinaan perumahan...

KPWKM Kaji Semula JKMPay

Petaling Jaya : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kaji semula keberkesanan...

Sabah Mampu Catat Pertumbuhan...

KOTA KINABALU – Sabah berkeupayaan untuk membangun lebih pesat lagi selepas mencatatkan banyak...

Google, Meta Didenda Lebih...

SEOUL – Korea Selatan mendenda Google dan Meta lebih AS$71 juta (RM321.38 juta)...

Ismail Sabri Cadang Buka Low Yat 2, Khusus Untuk Peniaga Melayu

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengusulkan cadangan pewujudan sebuah lagi pusat beli-belah barangan dan gajet komunikasi yang menyerupai Plaza Low Yat di Bukit Bintang namun dikhususkan 100 peratus kepada peniaga Melayu.

Memetik laporan dari Astro Awani, pusat tersebut yang dicadangkan dibuka di Jalan Raja Laut itu akan memberi pilihan kepada orang ramai yang sebelum ini hanya tertumpu di Low Yat sahaja.

Isu Gaduh Di Low Yat: Akibat Pukul, 3 Peniaga Didenda RM1,800

Plaza Low Yat menjadi kompleks jualan barangan elektronik dan komunikasi terkemuka di ibu negara
Plaza Low Yat menjadi kompleks jualan barangan elektronik dan komunikasi terkemuka di ibu negara

“Kita sedar dengan kewujudan tempat-tempat lain yang turut menyediakan perkhidmatan sama, seperti di Bukit Bintang dan bangunan Pertama Kompleks yang bersebelahan bangunan Mara, namun kita percaya orang ramai selepas ini akan memiliki lebih banyak pilihan sekiranya melakukan urusniaga terus bersama pembekal.

“Kita sasarkan golongan peniaga seratus peratus dari kalangan Melayu. Belum lagi pembekal dari kalangan Melayu, oleh kerana itu kita beri kelonggaran,” ujar beliau.

Dalam laporan sama, Ismail berkata, Low Yat 2 bakal ditempatkan di tingkat 3 Bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara) selepas ruang tersebut diubah suai mengikut kesesuaian dan keperluan peniaga.

“Kita akan bangunkan tempat tersebut secepat mungkin dan kita beri ruang kepada peniaga Melayu khususnya.”


11 Julai lalu, satu pergaduhan melibatkan beberapa individu menjadi isu panas apabila ia dikaitkan dengan isu perkauman sehingga satu protes diadakan di hadapan pusat tersebut bagi memboikot peniaganya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Plaza Low Yat Sepi Dari Peniaga & Pembeli Sehari Selepas Protes

https://www.youtube.com/watch?v=i6si8K8hExI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori