Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Azadan Rabbani Akui Ada...

KETUA kumpulan nasyid Rabbani, Azadan mengakui dirinya mempunyai kebolehan untuk merawat pesakit yang...

Asean Setuju Pertukaran Maklumat...

KUALA LUMPUR - Asean bersetuju mempertingkatkan penggunaan satelit melalui Pusat Meteorologi Khas Asean...

Lebih 1.1 Juta Isi...

SHAH ALAM - Sebanyak 1,139,008 akaun merangkumi 1,279 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Petaling,...

Jawatankuasa Fatwa Kedah Putuskan...

ALOR SETAR - Jawatankuasa Fatwa Kedah hari ini memutuskan permainan Pokemon Go adalah...

‘Ismail Sabri Cheek’ Panggilan Terkini Dua Menteri

PUTRAJAYA – Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini sering dipanggil ‘Ismail Sabri Cheek’ sebagai merujuk kepada keserasian dua kementerian yang mereka terajui dalam melaksanakan agenda pembangunan luar bandar.

Berkongsi perkara itu pada majlis serah tugas di sini hari ini, Ahmad Shabery, yang mengambil alih Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani daripada Ismail Sabri yang kini menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berikutan rombakan kabinet pada 28 Julai lepas, berkata asas peranan dua kementerian itu adalah sama.

“Sebahagian besar pertanian melibatkan masyarakat luar bandar dan kekuatan luar bandar itu adalah pertanian,” katanya.

Ahmad Shabery berkata ia merupakan kali kedua beliau menerima serahan tugas daripada Ismail Sabri selepas kali pertama untuk menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan sebelum ini.


Katanya beliau masih memerlukan panduan daripada pendahulunya Ismail Sabri dalam memacu kesinambungan agenda pembangunan masyarakat luar bandar di kementerian baharunya itu.

“Setelah lebih dua tahun di kementerian ini banyak perkara yang dirancang beliau tidak memerlukan saya membuat rombakan atau memikirkan sesuatu yang baharu dan sebab itu banyak yang saya akan dapatkan panduan beliau jika ingin membuat penambahbaikan,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/fXqr9ZflcUs

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori