Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Betty Dedah Sikap Sebenar...

RAMADAN kali ini cukup bermakna dan memberikan kegembiraan yang berbeza buat pelakon terkenal,...

Kesan Terbakar, Koyakan Pada...

KUALA TERENGGANU - Kesan terbakar dan koyakan pada kulit kepala hingga menampakkan tulang...

Tempoh Diskaun Saman Trafik...

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan tempoh diskaun untuk bayaran kompaun saman...

Kes Bunuh Pegawai AmBank:...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman gantung sampai...

Isu 2.6 Bilion, Apa Saja Penjelasan Najib Tak Pernah Puaskan Pengkritik

SUSULAN pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam tentang sumber RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Datuk Seri Najib Razak bukanlah dari dana milik syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), banyak pihak dilihat terus-terusan menghentam seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, pihak-pihak tersebut dilihat sering menuntut penjelasan dari kerajaan tentang sesuatu persoalan namun menolak setiap jawapan yang diberi.

TERDAHULU:ƃā€šĆ‚Ā SPRM Sahkan Najib Tidak Ambil Wang IMDB

KERUAK

Kritik Salleh melalui laman blognya sskeruak.blogspot.com, “Apabila Najib tidak menghiraukan permintaan mereka, mereka mula marah. Yang nyata, apa sahaja penjelasan yang diberikan Najib tidak pernah memuaskan hati mereka.

“Mereka akan menuntut apa yang mereka mahu dan apabila tuntutan tersebut dipenuhi, mereka masih tidak berpuas hati.”

Untitled
Petikan entri terbaru blog peribadi milik Datuk Seri Salleh Said Keruak, sskeruak.blogspot.com

Ujar beliau lanjut, akibat tuduhan melulu sesetengah pihak tentang deposit tersebut ke akaun Najib, pemimpin nombor satu negara itu telah membenarkan SPRM membuat siasatan dan mencari kebenaran.

“Kini ada yang ingin tahu kenapa ia mengambil masa terlalu lama untuk mengesahkannya. Kenapa tidak disahkan sejak hari pertama lagi? Sebahagian lagi ingin tahu sama ada dana sumbangan itu datang bersama syarat-syarat tertentu kerana jumlah yang terlalu besar.


“Jadi apa isunya sekarang? Bukankah mereka patut gembira kerana dana tersebut bukan dicuri dari 1MDB seperti yang dituduh?

“Andai Najib memberitahu mereka bahawa dana tersebut tidak datang bersama syarat-syarat tertentu, adakah mereka akan percaya?”

Isu tersebut sudah berlanjutan sejak bulan lalu apabila satu laporan dari Wall Street Journal (WSJ) menuduh dana berjumlah berbilion dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Tanpa sumber sahih, ada pihak tidak bertanggungjawab menabur fitnah dengan menyebarkan tentang wang tersebut bersumberkan dari 1MDB. – MYNEWSHUB.CC

Pindaan Akta Bukan Untuk Sekat Rakyat Guna Internet – Salleh Saidƃā€šĆ‚Ā 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori