HAMPIR sebulan selepas insiden pergaduhan di pusat beli-belah barangan elektronik, Plaza Low Yat, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini menjatuhkan hukuman denda terhadap tiga peniaga atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang pemuda.
Ketiga-tiga mereka, Low Leong Seng, Eric Chan Weng Soo Weng Hing mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.
Lantas, mereka didenda RM1,800 setiap seorang atau hukuman penjara selama dua bulan.
Mereka sebelum ini didakwa mencederakan seorang lelaki, Mohammad Khairul Azmi Mazlan di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Kejadian tersebut menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat Malaysia setelah seorang pemuda bertindak mencuri telefon bimbit di sebuah premis di Low Yat sebelum dia dipukul dan ditahan.
Kejadian menjadi besar apabila beberapa individu yang dipercayai rakan-rakan pemuda berkenaan bertindak membalas serangan dan merosakkan barangan di premis tersebut.
Sehari selepas itu, beberapa NGO bertindak membuat protes dan hadapan Low Yat meminta ia diboikot dan kejadian berakhir dengan beberapa individu mengalami kecederaan, termasuk 3 orang wartawan. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Rakaman Gaduh Di Low Yat 11 & 12 Julai Lalu
https://www.youtube.com/watch?v=RLR-ejidolE