SEPASANG suami isteri dari Australia ini ternyata mempunyai sifat humor yang tidak pernah dibuat oleh orang normal lain bagi menepis persoalan cepumas tentang perihal untuk memiliki anak kandung sendiri.
Abby Lee dan Matt Kay menghadapi masalah di mana ahli keluarga mereka serta kenalan sering bertanyakan bila mereka mahu menimang cahaya mata dan suka mendesak terutamanya ibu bapa mereka.
Jadi, sementara mereka masih dalam perancangan untuk menambah seorang lagi ahli dalam keluarga mereka, Abby dan Matt telah bertindak mengambil seekor anjing yang dijadikan anak angkat sementara untuk menutup mulut orang ramai.
Kedengaran seperti satu perkara yang kelakar namun itulah hakikat yang telah dilakukan mereka. Pasangan suami isteri tersebut telah menjalani satu penggambaran bersama dengan ‘anak’ yang baru dilahirkan itu.
Anjing yang bernama Humphry tersebut dijadikan ahli keluarga baru pasangan itu. Ia merupakan seekor anjing berbaka groodle (kacukan baka poodle dan golden retriever)
Gambar-gambar mereka ternyata mendapat perhatian orang ramai serta viral di laman sosial. Jom sama-sama lihat gambar-gambar mereka yang comel di bawah ini. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=w-K3aYsqa6Y