Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pelapor Khas Isu Hak...

PUTRAJAYA: Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia di Myanmar,...

Kena Matikan Handphone Malam...

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini meningatkan kepada orang ramai agar mengabaikan sebarang...

Mohamed Salah Pemain Terbaik...

BINTANG Liverpool Mohamed Salah dinobatkan sebagai pemain terbaik PFA bagi musim 2017/2018 selepas...

Gadis 14 Tahun Dipercayai...

REMAJA perempuan berusia 14 tahun yang ditahan kerana disyaki mahu menyertai militan IS...

Jalan Baharu Rancakkan Pembangunan Bandar Perikanan Tok Bali

PASIR PUTEH – Jalan Persekutuan baharu yang menghubungkan Pasir Puteh-Gong Kulim-Tok Bali di sini, yang mula dibuka kepada semua kenderaan bulan lepas, akan merancakkan pembangunan Bandar Perikanan Tok Bali.

Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh Zawawi Othman berkata jalan sepanjang 10 kilometer itu hanya mengambil masa selama 15 minit dari bandar Pasir Puteh ke Tok Bali berbanding jalan lama Pasir Puteh-Tebing Tinggi-Tok Bali sejauh 13 kilometer yang mengambil masa 40 minit.

“Jalan baharu yang bernilai lebih RM100 juta itu lebih selesa dan kukuh berbanding jalan lama yang mudah rosak jika dilalui kenderaan berat dan mempunyai banyak selekoh berbahaya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Zawawi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak berkata jalan berkenaan yang dibuka seminggu sebelum Aidilfitri juga dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.

Beliau berkata keadaan itu dijangka akan dapat menarik minat pelabur khususnya dalam industri perikanan ke Bandar Perikanan Tok Bali.


Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Semerak, Datuk Jelani Jaafar ketika dihubungi berkata jalan berkenaan sudah lama ditunggu-tunggu oleh semua pihak termasuk nelayan Semerak sendiri.

Beliau berkata ini kerana ia akan memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan ikan segar dan murah secara terus di pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) atau daripada nelayan tradisional di Tok Bali tanpa perlu melalui orang tengah.

“Kita berharap pemborong dan peruncit yang menjaja ikan secara kecil-kecilan dengan motosikal ke kampung-kampung dapat menurunkan harga ikan tanpa alasan kerana kos pengangkutan lebih rendah berbanding sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori