SEMEMANG agak sukar bagi golongan OKU penglihatan untuk mengetahui waktu berbanding dengan kita yang mempunyai penglihatan.
Kebanyakkan pengeluar jenama jam tangan pula tidak menghasilkan produk khusus untuk golongan istimewa ini, jika ada, nisbahnya hanyalah kecil dan amat sukar untuk diperolehi.
Dot ialah jam tangan pintar pertama untuk golongan OKU penglihatan.
Muka hadapan jam tangan dot ini adalah memanjang dan segi empat sama bagi memudahkan pengguna OKU.
Konsep untuk memaparkan maklumat pada Dot ialah dengan menggunakan bonjolan yang turun dan naik bagi mempamerkan huruf Braille.
Dot dihasilkan untuk membolehkan OKU penglihatan hidup dengan normal seperti kita semua.
Ia boleh menterjemah e-buku biasa kepada huruf Braille dan memberikan panduan arah perjalanan.
Kesemua maklumat yang diperlukan OKU penglihatan secara literal berada di hujung jari mereka.
Dot akan mula dijual di Korea Selatan tahun ini pada harga $300 (RM1,000) seutas.-MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq