Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

KDN Ambil Tindakan Pelancong...

BUKIT KAYU HITAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang berat isu jumlah yang...

WARISAN, KDM Tak Terbabit...

KIMANIS - Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony menjelaskan sambutan...

Lelaki Cuba Rompak Mesin...

GEORGETOWN - Cubaan seorang lelaki untuk merompak mesin ATM di sebuah bank di...

Vietnam Wujud Klinik Khas...

BANDARAYA HO CHI MINH - Pusat Perubatan Universiti Bandaraya Ho Chi Minh pada...

Jangan Terperangkap Taktik Pembangkang Mahu Lemahkan UMNO

MARANG – Jangan sesekali terperangkap dengan permainan licik pembangkang yang menggunakan kecanggihan teknologi masa kini dalam menyebarkan maklumat yang tidak tepat untuk menghuru harakan negara.

Demikian tegas Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Azizah Mohd Dun yang mahu anggota UMNO khususnya sayap terbesar parti, Wanita UMNO agar lebih berhati-hati dalam menangani pelbagai isu yang dibangkitkan pembangkang ketika ini.

“Dengan wujudnya pelbagai media sosial, banyak maklumat yang tidak tepat telah disebarkan, janganlah kita terperangkap dengan semua ini dan lebih dibimbangkan, kita pula yang terlibat sama menyebarkan maklumat ini.

“Sedangkan kita tidak tahu adakah ini sesuatu yang dirancang oleh pihak tidak bertanggungjawab dari luar negara yang bersekongkol dengan pembangkang untuk mengkucar-kacirkan keamanan negara, jadi kita perlu sentiasa waspada dengan taktik musuh di luar sana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Wanita UMNO Bahagian Marang di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Marang, A Latiff Awang dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang Toh Puan Zaitun Mat Amin.


Terdahulu dalam ucapannya, beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO mengingatkan kepentingan perpaduan dan kerjasama erat dalam kalangan anggota parti demi memastikan kemenangan dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan diadakan dalam tempoh tiga tahun lagi.

Katanya, Wanita UMNO sebagai sayap terbesar parti perlu terus menjalankan kerja-kerja penambahan anggota dan mendekati akar umbi agar mereka terus yakin dengan kepimpinan UMNO dalam membela kebajikan rakyat di negara ini.

Menurutnya rombakan Kabinet yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini juga menjadi bukti komitmen jitu Perdana Menteri untuk lebih fokus dalam pentadbiran kerajaan sekali gus ke arah usaha memperkukuhkan parti.

“Sebab itu, kita perlu terus beri sokongan kepada Perdana Menteri dan bekerja kuat untuk kemenangan PRU-14 kerana jika gagal, kita terpaksa ucapkan selamat tinggal kepada Putrajaya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori