Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ahad Turut Dijadikan Hari...

MELAKA - Melaka merancang untuk melaksanakan Hari Tanpa Beg Plastik termasuk pada hari...

No More Bodyguard, Kini...

PENGASAS produk D'herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dilihat semakin berani nampaknya. Kini dikhabarkan...

Kerajaan Belum Lulus Vaksin...

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum meluluskan vaksin denggi pertama di dunia untuk digunakan...

Bebiri Faham Bahasa Inggeris...

SYDNEY — Sebuah ladang ternakan di negeri New South Wales, Australia, bakal didakwa...

Jemaah Haji Dingatkan Tidak Lawat Ladang Unta Elak MERS-CoV

KUALA LUMPUR – Jemaah yang akan menunaikan ibadah haji bulan depan diingatkan supaya tidak melawat ladang unta bagi mengelak dijangkiti Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV).

Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata ini bagi memastikan kesihatan jemaah sentiasa berada dalam keadaan baik bagi membolehkan mereka menunaikan ibadah haji dengan sempurna.

“Ada dalam kalangan rakyat Malaysia bermastautin di Tanah Suci akan mempelawa jemaah untuk melawat ladang unta dan perkara itu dibimbangi akan menjejaskan kesihatan para jemaah,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Program Haji 1436 Hijrah kelolaan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata jemaah haji tidak perlu bimbang dengan virus MERS-CoV kerana jangkitan virus itu adalah terkawal.

Beliau juga menasihatkan jemaah haji mematuhi arahan dan nasihat petugas Tabung Haji.


“Saya minta para jemaah membuat persiapan mental dan fizikal untuk bersiap sedia menghadapi sebarang cabaran di Tanah Suci dan serahkan kepada pihak TH untuk melakukan sebarang urusan seperti membayar dam dan melaksanakan ibadah korban,” katanya.

Sebanyak 22,230 jemaah Malaysia akan berlepas ke Arab Saudi mulai 16 Ogos ini untuk menunaikan haji dan penerbangan terakhir adalah pada 16 Sept manakala penerbangan pulang dari 29 Sept hingga 27 Okt. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori