Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Genervie Berbudi Bahasa, Pandai...

SETELAH tiga tahun menjalinkan hubungan cinta, penyanyi terkenal Hazama baru-baru ini telah mengumumkan...

Suri Rumah Ketagih Judi...

MERSEYSIDE, Britain – Seorang suri rumah menanggung hutang hampir £45,000 (RM246,398) kerana menggunakan...

Larangan Merokok Di Premis...

KUALA LUMPUR - Semua premis makanan diwartakan sebagai tempat larangan merokok berkuat kuasa...

Budak Perempuan Didera Diselamat...

Kuala Lumpur - Laporan polis yang dibuat seorang bapa mengenai kehilangan anak perempuan...

Jemaah Haji Pertama Malaysia Di Madinah Tiba Di Makkah Esok

MAKKAH – Kumpulan pertama Jemaah haji Malaysia di Madinah dijadual tiba di Tanah Suci Makkah esok.

Kumpulan itu berlepas dengan bas pada jam 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia) dan dijangka tiba di Makkah jam 2.00 petang waktu tempatan (7.00 petang waktu Malaysia) Kumpulan tersebut telah tiba di Madinah dengan penerbangan pertama KT1 pada 16 Ogos.

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan) Tabung Haji (TH) Nurrin Anuwar Shamsuddin berkata jemaah haji seramai 450 anggota itu dibawa menggunakan 10 buah bas.

“Bagasi jemaah telah dibawa hari ini menggunakan lori. Jemaah hanya membawa barangan keperluan mereka esok dan mereka akan ditempatkan di bangunan penginapan di Ibu Pejabat Bangunan Tabung Haji Abraj Al-Janadriah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Nurrin Anuwar berkata sebanyak tujuh maktab (penginapan) haji disediakan bagi menempatkan jemaah haji berkenaan.

“Di Makkah, terdapat tujuh maktab iaitu enam untuk Muassasah dan satu untuk pakej swasta, melibatkan sembilan buah bangunan,” katanya.

Beliau berkata semua jemaah haji di Madinah kini dilaporkan dalam keadaan sihat.

“Jemaah haji bila tiba di Makkah dinasihatkan supaya banyak meminum air, memakai pakaian yang sesuai dan mengurangkan aktiviti luar bangunan. Suhu di Makkah sekitar 45 darjah celcius,” katanya.


Nurrin Anuwar berkata jemaah haji pertama yang akan tiba di Jeddah dan terus ke Makkah ialah pada 1 Sept depan menerusi KT34.

“Jemaah haji terakhir yang tiba di Madinah pula ialah pada 30 Ogos. Keseluruhan 11,088 jemaah haji akan tiba di Madinah, dan mereka secara berperingkat akan ke Makkah bermula esok sehingga 7 Sept,” katanya.

Beliau berkata maktab-maktab di Makkah disediakan kemudahan klinik, kaunter khidmat pelanggan, kaunter kewangan, khidmat kaunseling dan bimbingan ibadat haji.

Anggota jemaah haji Malaysia tahun ini berjumlah 22,320 orang yang akan dibawa menerusi 64 penerbangan menggunakan pesawat Malaysia Airlines dan Saudi Airlines.

Sebanyak 32 penerbangan dijadualkan tiba di Madinah dan 32 lagi tiba di Jeddah.

Penerbangan terakhir jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci ialah pada 16 September manakala penerbangan pulang jemaah dijadualkan 29 September hingga 27 Oktober. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori