Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ditipu ‘Penganjur Konsert’, Estranged...

SUSULAN isu ditipu wanita yang mendakwa dirinya merupakan seorang penganjur konsert, kumpulan Estranged...

JPN Kelantan Sedia 15...

KOTA BHARU - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan telah menetapkan 15 pusat peperiksaan...

Tukang Urut Dipenjara 3...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga...

Kemenangan Pembangkang Pengundi 18...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat...

JKM Urus Dokumentasi Bayi Dilahirkan Kanak-Kanak 11 Tahun

KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang menguruskan proses dokumentasi bayi yang dilahirkan kanak-kanak 11 tahun Rabu lalu, selepas menerima permohonan penjagaan daripada bapa kanak-kanak itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim berkata, walaupun bapa kanak-kanak itu boleh menganggap bayi tersebut sebagai cucunya, namun proses dokumentasi itu penting bagi urusan jangka panjang bayi berkenaan.

“Kita terima permohonan daripada datuk bayi itu yang mahu memelihara ‘cucunya’.

“Namun, datuknya perlu memohon untuk menjaga bayi itu sama seperti prosedur untuk mengambil anak angkat dan ia adalah undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Derma Darah ‘Insurans Hayat Cares’ di sini, hari ini.


Beliau mengulas kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang melahirkan bayi di sebuah klinik swasta di Jempol, Negeri Sembilan. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori