PALEMBANG – Seorang duda di Sumatera, Indonesia sanggup menjual anak perempuannya yang berusia tiga tahun dan menggunakan wang hasil jualan itu untuk berfoya-foya.
Feri Septiawan, 22; memberitahu, dia terpaksa menjual anaknya itu sendiri kerana tidak lagi sanggup menjaganya selepas berpisah dengan bekas isterinya lebih sebulan lalu.
Bagaimanapun, tindakan lelaki tersebut, akhirnya membawa padah apabila dia bersama-sama dengan dua lagi rakannya berjaya dicekup pihak polis tempatan, kelmarin.
Feri berkata, dia berang selepas mantan isterinya itu enggan membantu keadaan dirinya setelah bercerai dan memelihara kanak-kanak kecil berkenaan.
“Saya menghubungi bekas bini saya dan meminta dia menjaga anak kami, tetapi dia pula enggan.
“Lantas saya mengugut nekad menjual anak kami itu namun isteri saya selamba berkata, terserahlah,†katanya.
Pada 17 Ogos lalu, dia dengan bantuan dua lagi rakannya berjaya menjual kanak-kanak itu kepada seorang pembeli dengan harga kira-kira 8.5 juta rupiah (RM2,549).
“Saya beri 2 juta rupiah (RM600) kepada dua rakan saya itu dan 400,000 rupiah (RM120) lagi saya beri kepada bekas isteri yang tidak mengetahui ia hasil jualan anak kami.
“Bakinya saya gunakanlah untuk berfoya-foya,†katanya.
Tindakan lelaki tersebut akhirnya diketahui juga oleh keluarga bekas isterinya itu dan mereka kemudian terus membuat laporan polis. – Agensi/myMetro Online
https://www.youtube.com/watch?v=NSF2dCtmKmo