Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

5 NGO Lapor Polis,...

JOHOR BAHRU - Lima badan bukan kerajaan (NGO) mendesak Mahathir Mohamad membuat permohonan...

Gempa Bumi Lemah 2.6...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter melanda Ranau,...

PDRM Hanya Uji Cuba...

KUALA LUMPUR - Lima unit kenderaan jenis BMW dan Volkswagen yang diterima Polis...

Tiada Lambakan Penjawat Awam,...

PUTRAJAYA - Jumlah penjawat awam di negara ini adalah munasabah dengan nisbah 1:44...

Juruteknik & Penyelia Kilang Hadapi Pertuduhan Minta Rasuah

KUALA TERENGGANU – Seorang juruteknik dan penyelia kilang ais mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM71,000 daripada seorang lelaki kononnya untuk selesaikan kes berkaitan dadah.

Yusmat Mohamat@Ahmad, 47, dan Mohamed Fauzi Hashim, 44, masing-masing menghadapi 10 dan sembilan pertuduhan meminta suapan itu daripada Yusof Ab Ghani antara RM1,500 hingga RM22,500 yang kesemuanya berjumlah RM71,000 antara Julai hingga September 2011 di sekitar Kemaman.

Wang itu kononnya untuk diberikan kepada pegawai Jabatan Kimia dan Timbalan Pendakwa Raya bagi menutup kes anak lelaki Yusof yang berhadapan pertuduhan mengedar dadah.

Kedua-duanya yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 16 Ogos lalu dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda untuk setiap pertuduhan, jika sabit kesalahan.


Hakim Murtazadi Amran membenarkan Yusmat dan Mohamed Fauzi masing-masing diikat jamin RM22,000 dan RM18,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Okt sebagai tarikh sebutan semula kes selain mengarahkan tertuduh menyerahkan dokumen perjalanan kepada pihak mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori