Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kes Potong Lidah: Polis...

DAKWAAN seorang murid tahun dua yang lidahnya terpotong didakwa angkara dibuli oleh sekumpulan murid...

Polis Tubuh Pasukan Khas...

GEORGE TOWN - Polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes FELDA...

94.7 Peratus Populasi Dewasa...

KUALA LUMPUR - Populasi dewasa di negara ini yang sudah lengkap menerima vaksinasi...

Media Sosial: Antara Realiti...

KUALA LUMPUR - "Harga petrol RON95 dan RON97 bulan hadapan dijangka naik"... Maka...

Justo Dihadapkan Ke Mahkamah 17 Ogos

BANGKOK – Xavier Andre Justo, rakyat Switzerland yang dituduh memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International, dijangka hadir di mahkamah untuk pendengaran kesnya pada 17 Ogos.

Justo akan hadir di Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok pada tarikh itu, kata seorang pegawai mahkamah.

Di bawah Kanun Keseksaan Thailand, kesalahan melakukan peras ugut boleh dikenakan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun serta denda antara 2,000 baht (RM225) hingga 20,000 baht (RM2,250).

Menurut pegawai itu, pihak pendakwa telah memfailkan kes berkenaan semalam.

Justo ditangkap di pulau peranginan Koh Samui di selatan Thailand pada 22 Jun.


Polis Thailand selesai menyiasat kes itu minggu lepas.

Kes Justo menarik minat mendalam di Malaysia berikutan kewujudan projek usaha sama antara PetroSaudi International dan 1Malaysia Development Bhd. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori